Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA

Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA

Diterbitkan Ogos 16, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Model flagship “bermata tiga“, Huawei P20 Pro telah memenangi anugerah dari Expert Imaging and Sound Association (EISA).

Menggelarkannya sebagai “telefon pintar paling maju, inovatif dan unggul”, EISA merupakan sebuah persatuan yang terdiri daripada 55 majalah elektronik pengguna dari 27 buah negara.

Merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan tetapan 3 kamera belakang, Huawei P20 Pro diangkat sebagai peranti terbaik disebabkan prestasi kameranya yang menakjubkan terutama sekali ketika waktu kurang pencahayaan.

Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan yang mendokong teknologi AI bersama-sama skrin AMOLED dan bateri berkapasiti 4000mAh dengan fungsi pengecasan pantas Super Charge.

Penganugerahan dari EISA ini akan dibuat secara rasmi pada akhir bulan, ketika acara IFA Berlin berlangsung.

Model lain yang turut merangkul anugerah adalah Honor 10 (Best Lifestyle Smartphone) dan Nokia 7 Plus (Best Consumer Smartphone).

Sumber: EISA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY