Huawei P20 Pro Bakal Jadi Yang Pertama Menerima Kemaskini EMUI 9

Dikala kebanyakan daripada pengeluar peranti mula memberi fokus kepada penggunaan Android One, Huawei nampak masih percaya dengan kebolehan antaramuka EMUI mereka.

Ia dibuktikan apabila mereka dikatakan akan memperkenalkan sistem EMUI 9 yang berlandaskan Android 9 Pie pada acara IFA 2018 bulan depan. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Huawei sendiri.



Tambahan lagi, model P20 Pro dilaporkan akan menjadi peranti pertama yang bakal menerima kemaskini antaramuka itu nanti. Menurut sumber, EMUI 9 akan mula menemui peranti keluaran Huawei yang terpilih bermula bulan depan.

Setakat ini, Huawei masih lagi belum membuat sebarang pengumuman berkenaan peranti manakah yang akan menyokong sistem Android 9. Beberapa jenama lain seperti Sony telah pun mengeluarkan senarai rasmi model yang akan menikmati sistem operasi terkini daripada Google tersebut.

Mungkin kita akan mendengar dengan lebih lanjut berkenaan perkara berkenaan daripada Huawei dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber