Sony Sahkan 9 Model Telefon Pintar Akan Terima Naik Taraf Android Pie

Sistem operasi terbaru dari Google, Android Pie sudahpun dilancarkan dengan rasmi hampir sebulan.

Sejak dari itu banyak cakap-cakap membincangkan tentang model mana yang bakal menikmati sistem tersebut.

Perkhabaran awal menyenaraikan 7 peranti dari Sony akan menerima naik taraf Android Pie. Namun begitu, beberapa hari lepas syarikat pengeluar itu telah mengumumkan 9 model akan dinaik taraf bermula November sehingga awal 2019.

  • Sony Xperia XZ1

  • Sony Xperia XZ1 Compact

  • Sony Xperia XZ Premium

  • Sony Xperia XZ2

  • Sony Xperia XZ2 Compact

  • Sony Xperia XZ2 Premium

  • Sony Xperia XA2

  • Sony Xperia XA2 Ultra

  • Sony Xperia XA2 Plus


Sebelum ini ura-ura menyatakan naik taraf akan bermula September tetapi Sony mengesahkan ia akan menawarkan Android Pie kepada siri XZ pada November dituruti dengan siri AX2 pada awal 2019.

Dalam pengumuman tersebut, Sony turut menyertakan infografik menerangkan proses yang perlu dilakukan sebelum menawarkan Android Pie kepada pengguna.



Sumber: Sony