Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei, OPPO Dan Xiaomi Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 720

Huawei, OPPO Dan Xiaomi Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 720

Diterbitkan Julai 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

MediaTek semalam telah melancarkan satu lagi cip pemprosesan yang baharu ditujukan untuk peranti kelas pertengahan. Dikenali sebagai Dimensity 720, cip ini mempunyai 5G yang menyokong rangkaian SA dan NSA.

Huawei, OPPO Dan Xiaomi Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 720

Sewaktu pelancaran semalam, syarikat tersebut tidak menamakan sebarang pengeluar yang akan menggunakan cip terbaharu itu. Namun hari ini, mereka sekali lagi tampil mengesahkan tiga jenama popular iaitu Huawei, OPPO dan Xiaomi akan menguasakan peranti masing-masing dengan Dimensity 720.

Buat masa sekarang masih belum diketahui model mana yang akan terlibat tetapi ia dijangkakan hadir pada minggu-minggu mendatang. Dari segi spesifikasi, cip Dimensity 720 hadir dengan 8 teras CPU dan 2 teras utama adalah Cortex-A76 dengan kadar 2GHz. Selebihnya merupakan teras jimat tenaga Cortex-A55 juga pada kelajuan 2GHz.

Selain Dimensity 720, MediaTek sedia menawarkan beberapa model lain dibawah jenama Dimensity iaitu Dimensity 800, Dimensity 1000 dan Dimensity 1000+.

Sumber: Economic Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY