Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
102440 (13)

MediaTek Dimensity 720 Rasmi – Sebuah Lagi Cip 5G Untuk Kelas Pertengahan

Diterbitkan Julai 23, 2020 oleh Meor Hasyim

Dalam portfolio MediaTek, Dimensity merupakan barisan cip yang menawarkan rangkaian 5G. Setakat ini sudah ada beberapa cip di bawah siri ini iaitu siri Dimensity 800, Dimensity 1000 dan Dimensity 1000+. Terkini, MediaTek telah memperkenalkan sebuah lagi cip Dimensity iaitu Dimensity 720.

Mendengar penamaannya, jelas ia merupakan cip yang paling rendah dalam keluarga Dimensity dan yang pertama untuk siri Dimensity 700.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan 8 teras CPU dengan 2 kluster. Terdapat 2 teras utama Cortex-A76 pada 2GHz dan 6 teras jimat tenaga Cortex-A55 pada 2GHz.

MediaTek Dimensity 720 Rasmi – Sebuah Lagi Cip 5G Untuk Kelas Pertengahan
Spesifikasi MediaTek Dimensity 720

Grafik pula adalah merupakan ARM Mali-G57 MC3 dengan sokongan memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman UFS 2.2.

Untuk paparan, ia menyokong sehingga Full HD+ dan juga kadar segar semula 90Hz. Kamera pula adalah sehingga 64MP serta rakaman video pada 4K 30fps.

Dengan sokongan 5G, kedua-dua rangkaian 5G SA dan 5G NSA telah dimuatkan dalam cip ini.

Jika melihat kepada spesifikasi keseluruhan, prestasi CPU dan GPU adalah setaraf dengan Dimensity 800. Cuma Dimensity 800 mempunyai sokongan memori lebih banyak, kadar segar semula lebih tinggi, storan dalaman lebih pantas, dan lain-lain lagi.

Buat masa ini, MediaTek tidak menyatakan bilakah cip ini akan dimuatkan ke dalam peranti pintar. Namun sudah tentu kita akan mendengarnya dari pengeluar dari China memandangkan mereka sangat aktif dalam menghasilkan peranti pintar.

Sumber: MediaTek

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY