HUAWEI Online Store Raikan Ulang Tahun Ke-6 Dengan Tawaran Serendah RM0.60

Bagi meraikan ulang tahun ke-6 HUAWEI Online Store pada 29 April ini, HUAWEI menawarkan pelbagai promosi dan hadiah percuma dari 23 hingga 29 April ini.

Antara yang ditawarkan termasuk promosi dengan harga serendah RM0.60.

jualan huawei online store

Bermula 23 hingga 28 April, anda boleh menebus baucar RM166 di kedai jualan dalam talian HUAWEI dengan mendaftar akaun terlebih dahulu jika belum mempunyainya.

Baucar tersebut boleh digunakan pada 29 April bagi beberapa produk termasuk Mate 30 Pro 5G, P30, M6 dan banyak lagi.

Selain itu, HUAWEI turut menawarkan diskaun 16% bagi semua aksesori termasuk HUAWEI X Gentle Monster Smart Eastmoon Eyewear, powerbank, pembesar suara, fon kepala dan pelbagai lagi.



Bagi anda yang telah mendaftar akaun di kedai jualan dalam talian HUAWEI, Jualan Kilat akan turut diadakan dengan harga serendah RM0.60.

Menampilkan empat produk HUAWEI yang berbeza, Jualan Kilat ini berlangsung dari 23 hingga 29 April 2020 bermula 10.08 pagi pada setiap hari.



Terdapat pelbagai lagi tawaran yang disediakan dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini, layari HUAWEI Online Store.

Berkaitan