HUAWEI nova 7 SE - Peranti Mampu Milik Dengan Rangkaian 5G


HUAWEI nova 7 SE telah diperkenalkan pada bulan lalu dalam pasaran tempatan. Diletakkan pada tanda harga RM1,499, peranti ini telah dijual mulai 19 Jun 2020. Setelah beberapa hari menerima dan menggunakan peranti ini, kami sediakan reaksi awal mengenai HUAWEI nova 7 SE.

Apa yang ada dalam kotak?


Ketika kotak HUAWEI Nova 7 SE dibuka, anda akan melihat beberapa kandungan dalam kotak tersebut. Antaranya adalah:



  • 1x HUAWEI Nova 7 SE

  • 1x Fon telinga

  • 1x Kabel pengecasan Type-C

  • 1x Pengecas 40W SuperCharge

  • 1x Sarung pelindung


Rekaan




Unit HUAWEI Nova 7 SE yang kami terima adalah berwarna Crush Green. Peranti ini tidak terlalu ringan dan tidak pula terlalu berat. Lebih selesa apabila berada dalam genggaman tangan.



Pada bahagian kanan peranti dimuatkan dengan pelaras kelantangan bunyi serta sensor imbasan cap jari yang juga berfungsi sebagai butang kuasa. Walaupun pengimbas ini tidak mempunyai sebarang tekstur yang berlainan dari binaan peranti, tetapi ia berada pada posisi yang baik untuk mencari butang kuasa.



Beralih ke sisi kiri, ia dilengkapi dengan slot kad dwi SIM yang juga berfungsi sebagai slot kad MikroSD.



Seperti kebanyakan peranti kelas pertengahan yang lain, ia masih mengekalkan bicu audio 3.5mm. Terdapat juga port pengecasan USB Type-C dan pembesar suara.

Di bahagian belakang peranti dimuatkan dengan modul kamera memanjang dengan tetapan 4 kamera. Selain Crush Green, peranti ini turut ditawarkan dalam dua pilihan warna lain termasuk Space Silver dan Midsummer Purple.

reaksi nova 7 se

Bagaimanapun, berbanding dua warna tersebut, panel belakang Crush Green sedikit berbeza di mana ia mempunyai tulisan "nova" yang lebih besar. Ia kelihatan seperti papan tanda namun difahami kerana ia merupakan peranti yang ditujukan untuk golongan 'muda'.

Spesifikasi


HUAWEI nova 7 SE didatangkan dengan skrin berukuran 6.5 inci berpanelkan LCD. Peranti ini dijana cip pemprosesan Kirin 820 5G dengan gandingan RAM 8GB dan ruang simpanan 128GB. Ia turut menyokong slot kad MikroSD sehingga 256GB.

reaksi nova 7 se

Bagi kamera, peranti ini dimuatkan dengan kuad kamera, terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro serta 2MP depth. Manakala bahagian hadapan pula mempunyai rekaan kamera berlubang 16MP. Ia diletakkan di bahagian penjuru kiri peranti ini.



Selain itu, melengkapkan peranti ini adalah kapasiti bateri 4000mAh dan pengecasan pantas 40W yang juga disediakan dalam kotak pembelian. Beralih ke sistem operasi, nova 7 SE menjalankan Android 10 yang dipadankan dengan EMUI 10.1.


Sampel Gambar


Di bawah ini merupakan sampel gambar yang diperoleh dari nova 7 SE.


Kesimpulan


Sebagai sebuah peranti yang didatangkan tanpa sokongan Google Mobile Services, ia mungkin dilihat agak sukar untuk bersaing dengan barisan peranti pada kelasnya. Namun, dengan sokongan teknologi 5G yang ada pada peranti ini, ia merupakan antara peranti mampu milik yang ada di pasaran ketika ini.

review nova 7 se

Ulasan


Untuk ulasan mengenai Huawei nova 7 SE, anda boleh menontonnya dalam video ini:

Beli HUAWEI nova 7 SE di:
Lazada: (https://invol.co/clpvk2)
Shopee: (https://invol.co/clpvk4)