Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-08-27 at 4.04.10 PM

Huawei Nova 5T Mula Terima Kemaskini EMUI 10 Berasaskan Android 10

Diterbitkan November 20, 2019 · Dikemas kini November 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Penawaran kemaskini EMUI 10 berasaskan Android 10 kini telah memasuki fasa seterusnya dimana sebelum ini ia ditawarkan kepada Huawei P30 dan siri Huawei Mate 20.

Mengambil giliran adalah Huawei Nova 5T yang mana pada awal pengenalannya mengoperasikan sistem EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie .Kemaskini  EMUI 10 bagi Nova 5t dikhabarkan sudah mula dilepaskan untuk pengguna global dan naik taraf kepada Android 10 dengan versi 10.0.0.168  akan diterima.

EMUI 10 Android 10

Hadir dengan saiz kemaskini 4.5GB ia membawakan sejumlah pembaharuan serta antaramuka yang direka semula. Kemaskini naik taraf ini dilepaskan secara berperingkat dan bagi anda pemilik Huawei Nova 5T diminta bersabar disamping menyemak penawaran tersebut pada Settings > System > Software update > Check for Updates atau melalui aplikasi HiCare > Update > Check for Updates.

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY