HUAWEI Nova 2 Lite Untuk Pengguna Aktif Media Sosial Dengan Fungsi Dwi-Kamera Pada Harga Mampu Milik

Dalam merealisasikan dunia yang saling berhubung, HUAWEI sentiasa komited untuk menyediakan produk yang tinggi mutunya dari sudut teknologi kepada pelanggan mereka. Lahirnya HUAWEI Nova 2 Lite sebagai komitmen HUAWEI yang sentiasa mendengar maklum balas dari pengguna setia mereka seterusnya menghasilkan telefon pintar yang menepati cita rasa gaya hidup masa kini.



Dengan pelancaran HUAWEI Nova 2 Lite di negara ini, Huawei sebagai jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia telah mengumumkan sebanyak 7, 000 unit HUAWEI Nova 2 Lite unit terjual selepas 4 hari mula diperkenalkan. Kejayaan ini dibantu dengan produk yang hebat dan ditambah dengan harga mampu miliki serendah RM 799.00. Tawaran hebat dari HUAWEI ini membolehkan semua orang mampu memiliki peranti canggih dengan harga yang berpatutan.



Nova 2 Lite merupakan peranti yang dibina dengan matlamat dapat memberikan perasaan yang menyeronokkan kepada pengguna dengan menggabungkan beberapa teknik pembuatan menghasilkan peranti yang sangat cantik dan menarik, sesuai digayakan untuk generasi muda yang mementingkan penampilan mereka di khalayak ramai.



HUAWEI Nova 2 Lite direka dengan prestasi tinggi dan kualiti yang boleh diharapkan dan dihasilkan untuk golongan muda. HUAWEI Nova 2 Lite merangkumi fungsi sistem kamera yang canggih seperti tetapan dwi-kamera dan toning flash selfie yang secara automatic mengesan faktor cahaya pada wajah subjek dan secara bijak mengubah tahap kecerahan supaya swafoto anda tampak lebih semulajadi.





Dilengkapi dengan FullView Display dari HUAWEI yang menghasilkan warna skrin paparan yang lebih terang dan pengalaman melihat yang lebih baik. Telefon pintar ini menghadirkan ruang simpanan RAM 3GB bersama-sama ruang ROM sebesar 32GB ROM. HUAWEI Nova 2 Lite menggunakan antaramuka EMUI 8.0 yang terbaru bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dan bijak.



Efek gambar bokeh dengan mudah dapat diperolehi dengan bantuan teknologi fokus yang Huawei tawarkan untuk Nova 2 Lite. Hybrid fokus dan Phase Detection Auto Fokus membantu peranti untuk mengesan subjek yang mahu ditangkap dengan cepat sambil melaraskan titik tumpuan lensa. Huawei juga menjadi antara OEM terawal yang berjaya memberikan solusi yang praktikal dalam permasalahan fokus lensa telefon pintar melalui Hybrid Zoom.



Keputusan Huawei menyertakan tetapan dwi-kamera dengan kombinasi lensa 13MP dan 2MP untuk Nova 2 Lite membolehkan fokus diubah walaupun selepas diambil. Hasilnya, gambar kelihatan lebih profesional dan butiran lebih terperinci dapat dihasilkan.



Untuk mereka yang gemar berswafoto, telefon pintar terbaru dari Huawei ini juga meletakkan lampu flash bersama kamera 8-megapiksel yang menyokong Smart Selfie Toning Flash. Fungsi ini membenarkan peranti untuk mengubah secara automatik cahaya dari flash bagi menyesuaikan subjek supaya tampil semulajadi walaupun dalam keadaan kurang cahaya.





Nova 2 Lite tidak lupa untuk menyertakan fungsi-fungsi terbaru bagi memudahkan kehidupan pengguna mereka. Peranti ini menyokong teknologi VoLTE dan VoWiFi. Ini membolehkan panggilan lebih jelas (High Definition) boleh dilakukan jika pengguna membuat keputusan menggunakan sambungan data dan WiFi untuk membuat panggilan telefon.



Pihak HUAWEI sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan mereka yang mahukan lebih slot untuk kad SIM mereka. Untuk itu, Nova 2 Lite akan dilengkapi dengan 3 kad slot yang menyokong kad nano SIM utama dan kedua. Slot ketiga pula menyokong kad Micro SD sehingga 256GB. Ketiga-tiga slot ini boleh digunakan serentak supaya pengguna dapat memaksimumkan penggunaan peranti dan dalam masa yang sama tidak perlu risau tentang masalah storan



Dijual dengan harga serendah RM 799.00 dalam 2 pilihan warna; hitam dan biru, Nova 2 Lite memberikan nilai hebat kepada wang anda dengan segala ciri-ciri terbaik yang terdapat di peranti-peranti utama lain di dalam satu telefon pintar. Dibantu dengan spesifikasi yang yang hebat, tidak hairan Huawei Nova 2 Lite menjadi pelaburan berbaloi untuk anak muda masa kini.

Bagi yang berminat dengan Huawei Nova 2 Lite, boleh dapatkan peranti itu menerusi Vmall.



Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia