Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri HUAWEI nova 13 Dijual Pada Harga Bermula RM1,299

Siri HUAWEI nova 13 Dijual Pada Harga Bermula RM1,299

Diterbitkan Disember 18, 2024 oleh Rushsyafizal

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan siri terbaru, HUAWEI nova 13, yang menampilkan reka bentuk Dynamic Plaid Texture, kemampuan potret multifokus, dan teknologi kamera depan canggih yang memfokuskan pengalaman swafoto.

Untitled design (78)

HUAWEI nova 13 Pro dilengkapi dengan kamera depan 60MP ultra-lebar yang menawarkan sudut ultra-lebar 100° serta teknologi QPD Full-Pixel Precise Focus. Kamera ini memastikan imej tajam walaupun dalam pencahayaan rendah, lengkap dengan 5x zum digital dan 2x zum optikal.

Kali pertama dalam siri nova, kedua-dua kamera depan dan belakang menyokong kemampuan potret multifokus. Kamera belakang 50MP apertur boleh ubah dari F1.4 hingga F4.0 dan teknologi OIS membantu menangkap potret berkualiti tinggi dalam pelbagai senario.

Ciri Super Star Orbit Ring Camera pada bahagian belakang menyerlahkan keanggunan peranti ini, sementara struktur kaca 5D memberikan pengalaman sentuhan yang lebih halus.

Siri HUAWEI nova 13 Dijual Pada Harga Bermula RM1,299

Siri ini dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo, mencapai 50% dalam hanya 9 minit untuk 50% bagi model Pro. Paparan 120Hz LTPO memberikan pengalaman visual lancar dengan kecekapan tenaga tinggi, termasuk AI HDR 6 untuk kualiti gambar lebih tajam dan warna yang hidup.

HUAWEI nova 13 Pro berharga RM2,399 dan HUAWEI nova 13 RM1,799. Manakala, HUAWEI nova 13i RM1,299.

Siri HUAWEI nova 13 Dijual Pada Harga Bermula RM1,299

Prapesan dibuka dari 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025 di semua saluran rasmi HUAWEI. Pelanggan akan menerima hadiah eksklusif seperti HUAWEI FreeBuds 5i atau HUAWEI Scale 3. Selain itu, baucar eksklusif bernilai lebih RM500 juga ditawarkan menerusi HUAWEI AppGallery.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm455k

Lazada – https://invol.co/clm455o

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Astro Bot Dominasi Anugerah PlayStation Game of The Year 2024
  • Kerajaan Akan Percepatkan Pendigitalan Perkhidmatan Melalui Inisiatif GovTech
  • Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tunggang Motosikal Elektrik Hampir 1,000 Km Dalam 24 Jam
  • Tiada Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Warga Emas - JPJ

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY