Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899

HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Rushsyafizal

Huawei Malaysia memperkenalkan HUAWEI FreeBuds Pro 4, fon telinga TWS premium di bawah jenama HUAWEI SOUND, yang direka untuk pengalaman audio tanpa kompromi. Dilancarkan secara global semasa acara HUAWEI Flagship Launch di Dubai, FreeBuds Pro 4 menggabungkan inovasi teknologi dan kehalusan bunyi klasik.

HUAWEI FreeBuds Pro 4 dilengkapi dengan teknologi Dual-Driver True Sound dan Digital Cross-Over, menghasilkan bunyi lebih kaya dan nyata.

Dengan 11mm Quad-Magnet Dynamic Driver Unit serta codec L2HC 4.0, ia menyokong penghantaran audio 2.3Mbps lossless pada 48kHz / 24-bit. Hasilnya, pengalaman mendengar yang setara dengan persembahan langsung.

Ciri pembatalan hingar AI pula membolehkan pengurangan hingar sehingga 100 dB semasa panggilan. Sistem empat mikrofon dan algoritma DNN memastikan suara manusia dipisahkan dengan tepat dari bunyi persekitaran, menghasilkan panggilan yang jelas walaupun di tempat bising.

Terinspirasi oleh alat muzik klasik, reka bentuk Spectrum Silver Strings membawa sentuhan premium dengan tiga warna iaitu Hitam, Putih, dan Hijau. Setiap fon telinga dilapisi dengan enam lapisan lacquer pelindung untuk kemasan berkilau.

HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Ciri Shape Memory Foam ear tips dan Intelligent Dynamic ANC meningkatkan pengurangan bunyi sehingga 30%, memastikan pengalaman mendengar yang lebih imersif dan selesa.

HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899
HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899

HUAWEI FreeBuds Pro 4 akan mula dijual pada harga RM899 pada 11 Januari 2025 dengan prapesanan dari 19 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025.

Tempah awal untuk menerima hadiah percuma bernilai RM327, termasuk baucar awal bernilai RM100 di laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, atau TikTok Shop.

HUAWEI FreeBuds Pro 4 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Dalam perkembangan lain, Huawei turut melancarkan warna baharu merah jambu untuk HUAWEI FreeClip, sekali gus menambah koleksi warna yang sedia ada Ungu, Hitam, dan Beige. Dengan rekaan matte dan pemacu dwi-magnet 10.8mm, FreeClip Pink ditawarkan pada harga RM899 dengan hadiah prapesanan bernilai RM278.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm454l

Lazada – https://invol.co/clm454t

{suggest}

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY