Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tunggang Motosikal Elektrik Hampir 1,000 Km Dalam 24 Jam

Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tunggang Motosikal Elektrik Hampir 1,000 Km Dalam 24 Jam

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 19, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang lelaki Australia Selatan bernama Duncan Mallord telah mencipta Rekod Dunia Guinness baharu selepas dia berjaya menunggang motosikal elektrik Harley-Davidson LiveWire miliknya sejauh hampir 1,000 kilometer dalam masa 24 jam.

Malah ia merupakan rekod dunia kedua dicatatnya selepas melengkapkan 962.7 kilometer di litar Lumba Antarabangsa Adelaide di mana dia melakukannya dengan hanya enam kali pengecasan.

Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tunggang Motosikal Elektrik Hampir 1,000 Km Dalam 24 Jam

Perjalanan Mallord berlangsung selama 24 jam dari 16 dan 17 November, dalam keadaan panas terik sebelum hujan lebat dan kilat muncul.

“Setiap cabaran – daripada cuaca hingga haus pada tayar saya – adalah peluang untuk menunjukkan daya tahan dunia sebenar kenderaan elektrik. Saya berharap rekod ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melihat EV bukan sahaja sebagai kebaharuan tetapi sebagai pilihan yang berkuasa, praktikal dan mampan untuk masa depan Australia.” Duncan Mallord.

Rekod dunia pertama dicipta beliau adalah pada Mei 2022 dahulu selepas dia melengkapkan perjalanan sejauh 1,880 kilometer dari tasik terbesar Australia di pedalaman Australia Selatan ke Gunung Kosciuszko di New South Wales dengan kos sebanyak $15.50 sahaja dengan menunggang motosikal elektrik yang sama.

Berkaitan

  • Nenek 59 Tahun Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tekan Tubi Lebih 1,500 Kali Dalam 60 Minit
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: The Driven

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY