Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 9 Pro Sudah Mula Di Jual Dengan Harga RM3399

Huawei Mate 9 Pro Sudah Mula Di Jual Dengan Harga RM3399

Diterbitkan Disember 22, 2016 · Dikemas kini Disember 22, 2016 oleh Helmi Samsuri

Semalam, Huawei Malaysia dengan bangganya telah membawakan siri terbaru Huawei Mate 9, Mate 9 Pro ke dalam pasaran Malaysia. Ini menjadikan Malaysia antara negara terawal yang memasarkan kesemua 3 jenis model dari siri itu. Mate 9 Pro hampir serupa dengan Mate 9, kecuali ia hadir dengan memori yang lebih besar dan rekaan yang kecil sedikit (5.5 inci). Di bawah merupakan spesifikasi rasmi Mate 9 Pro:

  • cip pemproses Kirin 960 8-teras, Unit Pemproses Grafik (GPU) Mali-G71 MP8
  • RAM 4GB dan 6GB
  • storan dalaman dari 64GB sehingga 128GB (tiada slot untuk memori tambahan)
  • skrin paparan lengkung 2K 5.5 inci (1920 x 1080)
  • Berukuran 152 x 75 x 7.5 mm dan seberat 169g
  • Kamera utama dwi lensa 20MP+12MP dengan penstabilan imej optikal, kamera hadapan 8MP.
  • Mempunyai slot untuk dwi SIM, sensor pengesan cap jari, Huawei Super Charge, USB Type-C, dwi speaker, infra merah sebagai alat kawalan jauh universal.
  • Sokongan 4G LTE Cat.12, WiFi, Bluetooth 4.2 dan sambungan NFC
  • EMUI 5.0 dengan Android Nougat 7.0
  • Bateri 4000 mAh

Mate 9 Pro terdapat dalam dua pilihan warna iaitu emas dan kelabu. Harga jualan untuk model ini adalah RM3399 dan sudah mula dijual semalam disemua kedai rangkaian Huawei selurun negara.

201612210947569270
Rekaan skrin lengkung yang menawan
201612210947574892
Bentuk yang hampir serupa dengan Mate 9 tetapi kedudukan pengimbas cap jari yang berbeza

201612210947579383

201612210947584329
Kamera utama dwi lensa yang pasti membantu menghasilkan gambar yang jelas dan menarik
201612210947581108
Butang Home yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari, bicu audio, port USB Type-C dan speaker yang menghala kebawah

 

Sumber: TechNave

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY