Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Diterbitkan September 20, 2018 oleh Haikel Areff

Huawei akan melancarkan satu lagi peranti premium mereka, Mate 20 dan Mate 20 Pro pada 16 Oktober ini di London. Menjelang pelancarannya, satu lagi peranti Huawei dikatakan telah tertiris di Internet iaitu Huawei Freebuds 2 Pro, fon telinga tanpa wayar yang akan menyambung legasi Huawei Freebuds.

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Apa yang menariknya ialah fon telinga ini dikatakan akan dapat dicas semula menggunakan peranti Huawei Mate 20 Pro. Ia sekaligus menjadikan peranti tersebut sebagai pad pengecasan tanpa wayar.

Namun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kebolehan Mate 20 Pro ini untuk mengecas peranti lain selain Freebuds 2 Pro ini. Menurut laporan WinFuture, pengecasan penuh bagi fon telinga ini melalui Mate 20 Pro akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Screen Shot 2018-09-20 at 11.03.16 AM

Selain itu, Freebuds 2 Pro ini juga boleh dicas melalui pengecasan berwayar menerusi sambungan USB Type-C. Ia dikatakan mampu bertahan selama 3 jam penggunaan serta sekiranya dicas bersama kotak bateri, ia mampu memberikan 20 jam masa penggunaan tambahan.

 

Kredit gambar : WinFuture

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY