Huawei Mate 20 Dilancarkan Secara Rasmi Jam 9 Malam Ini

Hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat Huawei akhirnya tiba. Siri Huawei Mate 20, peranti pertama dengan sistem cip Kirin 980 bakal dilancarkan secara rasmi, jam 9 malam ini waktu Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Huawei akan mengadakan siaran secara langsung bagi membolehkan peminat-peminatnya melihat sendiri keupayaan dan ciri baru yang dibawakan kali ini.



Siaran langsung ini akan diadakan di tiga platform berikut :

Selain cip baharu,  siri Mate 20 kali ini turut akan hadir dengan tiga kamera utama, seperti P20 Pro. Namun, kali ini ia dipasang di bahagian tengah peranti.

Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung malam ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai siri Mate 20 ini. Jika tidak berkesempatan, jangan risau. Anda boleh terus ikuti kami untuk mengetahui mengenainya nanti.