Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka

Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini

Diterbitkan November 7, 2018 oleh Haikel Areff

Festival 11.11(11 Nov) sangat popular terutamanya bagi mereka yang gemarkan beli belah atas talian. Kebanyakan jenama yang terlibat akan mengadakan jualan murah pada produk-produk pilihan mereka sepanjang festival ini berlangsung.

Namun, Huawei mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila memilih untuk melancarkan sebuah peranti baru pada tarikh berkenaan. Huawei Y9(2019), telefon kelas permulaan terbaik Huawei akan diperkenalkan secara rasmi pada 11 November ini di Malaysia.

huawei-y9-2019-c0a

Huawei Y9(2019) hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci FHD+ FullView Display serta bateri 4,000mAh. Ia juga akan dijalankan dengan sistem EMUI 8.1 dan dikuasakan dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710.

Tambahan pula, ia bakal dilengkapi dengan empat lensa kamera, di mana dua lensa hadapan(16MP+2MP, f/2.0+f/2.4) serta lensa utama(13MP+2MP, f/1.8+f/2.4). Dari segi dalaman pula, ia akan disokong oleh 4GB RAM dan 64GB simpanan dalaman. Ia juga menyokong fungsi kad mikroSD.

Bagaimanapun, harga bagi model ini masih lagi dirahsiakan oleh pihak Huawei Malaysia setakat ini. Dengan statusnya sebagai peranti kelas permulaan, kami menjangkakan ia tidak akan menelan belanja yang tinggi untuk mendapatkannya.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh ke laman rasmi Huawei atau ke laman Facebook rasmi Huawei Malaysia.

 

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY