Melalui pelan EasyPhone ini, Celcom menawarkan empat pilihan pelan untuk dipilih oleh pelanggan mereka iaitu FIRST™ Gold Plus, FIRST™ Gold Supreme, FIRST™ Platinum, serta FIRST™ Platinum Plus. Kesemua pakej pelan ini mengandungi kontrak yang perlu dipenuhi oleh pelanggan selama 24 bulan. Tambahan lagi, pakej-pakej tersebut turut akan menawarkan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian selain internet tanpa had bagi aplikasi sosial WhatsApp dan WeChat serta 100 GB data percuma untuk menonton video melalui Super Video Walla™. Berikut adalah pilihan pakej pelan yang ditawarkan Celcom bagi model Huawei P20 :
Manakala bagi model peranti Huawei P20 Pro pula, pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Tidak dilupakan, anda juga boleh membeli kedua-dua peranti ini tanpa perlu melanggan mana-mana pakej dengan harga RM 2,451.89 bagi model P20 dan RM 3,112.26 bagi model P20 Pro. Selain itu, pelanggan juga bakal menerima fon telinga Bluetooth Huawei Sport yang bernilai RM 198 secara percuma melalui pembelian Huawei P20 dan P20 Pro dari Celcom . Kunjungi pusat Celcom berhampiran anda atau layari laman sesawang Celcom dan Facebook rasmi mereka untuk maklumat lanjut.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- MWC 2017: Blackberry KeyOne- Kemunculan Semula Rekaan Ikonik Papan Kekunci Fizikal QWERTY
- Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Januari Ini
- Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube
- Peranti Xiaomi Mi 8 Habis Terjual Dalam Masa Kurang Satu Minit
- Edisi Huawei P30 Pro Dengan Sokongan 5G Didakwa Hanya Akan Ditawarkan Di Eropah Sahaja
- Xiaomi Black Shark 2 Tersenarai Di TENAA, Dilengkapi Cip Snapdragon 845
- Lenovo Z5 - Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Takuk, Berbeza Dengan Imej Teaser Sebelum Ini
- Rasmi - Huawei Nova 3 Hadir Dengan 4 Kamera dan Sokongan GPU Turbo
- HONOR MAGICWATCH 2