Menurut laporan BGR India, kerja-kerja membangunkan sistem cip kedua dengan pemproses 7nm itu sudah pun bermula. Cip berkenaan didakwa akan hadir dengan sokongan sambungan 5G tersedia bersama modem Balong 5000.
Huawei dikatakan telah melaborkan lebih kurang RMB 200 juta(~RM 120.28 juta) dalam usaha mereka menguji sistem cip baharu berkenaan. Terdapat juga laporan yang menyatakan Kirin 990 akan membuat kemunculan bersama peranti dengan skrin boleh lipat pertama Huawei nanti.
Ketika ini, Huawei baru mempunyai empat model yang menggunakan cip Kirin 980 iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Honor Magic 2. Namun, masih tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi sistem cip Kirin 990 yang dapat diperoleh setakat ini.
Berita ini dilihat sebagai tamparan hebat kepada pesaing mereka, Qualcomm yang sehingga kini masih belum mengumumkan sistem cip baharu bagi menggantikan Snapdragon 845.
Sumber: BGR
Berkaitan
- "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei
- Berbaloi Ke Beli Honor Band 4?
- Honor 8X Dengan Warna Merah Tiba Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan
- Pasangan Pengantin Viral Bakal Terima Hadiah Perkahwinan Daripada Honor Malaysia
- Huawei Mate 30 RS Porche Turut Diperlihatkan Dalam Acara Perasmian
- Ketua Pegawai Kewangan Huawei Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM30 Juta, Dilarang Keluar Dari Kanada
- Huawei Nova 3i Kini Sudah Boleh Nikmati Teknologi GPU Turbo
- Markah Penanda Aras Antutu Bagi Snapdragon 855 Diperolehi, Jauh Tinggalkan Kirin 980
- Honor 8X Rasmi Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Kurang Dari RM 1,000
- Huawei Mate 10, Tampil Dengan Dua Kemera Belakang Berjenama Leica