Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kos Pembikinan iPhone XS Max 2 Kali Lebih Murah Berbanding Harga Jualan

Hasil Kajian Mobdata Di China Menunjukkan Pengguna Huawei Lebih Kaya Daripada iPhone

Diterbitkan November 22, 2018 oleh Haikel Areff

Memegang peranti iPhone terbaharu di tangan mungkin menjadi satu kebanggaan bagi sebahagian daripada pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Namun, ia bukanlah seperti apa yang digambarkan sebenarnya.

Ini kerana, menurut satu kajian yang dilakukan di China oleh Mobdata, pengguna iPhone di negara berkenaan sebenarnya lebih kurang berkemampuan berbanding pengguna jenama-jenama lain seperti Huawei dan Xiaomi.

Meminati iPhone X Dan Huawei P20 Pro Twillight? Motorola Ada Peranti Yang Sesuai Untuk Anda
Kredit: Android Authority

Menurut kajian tersebut, majoriti pengguna iPhone di sana terdiri dari golongan wanita berusia antara 18 hingga 34 tahun, berkelayakan pendidikan sekolah menengah serta mempunyai pendapatan kurang dari CNY 3,000(~RM 1,808) sebulan.

Sebagai perbandingan, sebahagian besar pengguna Huawei di China pula adalah lelaki berusia berkelayakan universiti, berusia antara 25 hingga 34 tahun dan berpendapatan sehingga CNY 20,000(~RM 12,058) sebulan.

Malah, kebanyakan daripada pengguna Huawei yang terlibat dalam kajian itu juga sudah memiliki aset lain seperti rumah flat dan kereta, namun tidak bagi pengguna iPhone.

Vivo Apex Berkemungkinan Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 12 Jun Ini

Selain itu, graduan yang bergaji lebih daripada CNY 20,000 turut cenderung untuk memiliki telefon berjenama Huawei dan Xiaomi. Tambahan pula, lebih separuh daripada mereka yang berpendapatan sekitar CNY 3,000 – CNY 10,000(~RM 6,030) memilih untuk menggunakan peranti Vivo dan Oppo.

Mobdata juga menggelarkan pengguna iPhone di China sebagai “invisible poor” atau bahasa mudahnya, nampak kaya tapi miskin. Namun, harus diingatkan bahawa kajian ini dijalankan di China dan bukanlah mewakili keseluruhan komuniti telefon pintar di negara lain termasuk Malaysia.

 

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY