Tidak banyak info yang tertiris tentang peranti ini. Menurut TableTowo lagi peranti ini akan hadir dengan paparan skrin 6.1 inci manakala Mate 10 Lite pula pada ukuran 5.8 inci sama seperti Samsung Galaxy S8.
Dari segi harga pula Mate 10 dijangka diletakkan pada lingkungan harga $1100, harga yang agak tinggi untuk sebuah telefon pintar. TableTowo juga merupakan sumber yang belum pernah didengari sebelum ini jadi kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang kesahihan berita ini.
Ketua Bahagian Pengguna Huawei, Richard Yu sebelum ini pernah berkata Huawei Mate 10 akan menjadi peranti paling unggul yang pernah mereka perkenalkan di pasaran dan mereka menjangkakan akan menjadi peranti utama dalam pertembungan dengan iPhone di pasaran.
Menurutnya lagi, peranti ini akan membawakan paparan tanpa bezel(EntireView), kamera yang lebih dasyat dan bateri yang tahan lebih lama. Dengan berita kerjasama mereka dengan syarikat pemasaran AT&T, dilihat impian mereka untuk menumpaskan iPhone agak cerah.
Sumber
Berkaitan
- Prekuel Siri Game Of Thrones, House of The Dragon
- Google Umumkan Google Clasroom versi terbaru
- Asus Zenfone Max M2 Bakal Dijual Dengan Harga RM100 Lebih Murah Pada 15 Januari Ini
- Huawei Tampil Pula Dengan Model Y5 2017 Memfokuskan Pada Model Kelas Pertengahan
- Facebook Stories - Bakal Diperkenalkan Untuk Desktop
- Kenapa Gambar Muat Naik Ke FB Nampak Kabur
- HONOR Lanjut Kempen "Rileks, Beli Je! 1+1 Tahun Tempoh Jaminan Lanjutan"
- Google Mahu Membawa Sambungan Wi-FI Percuma Ke Seluruh Dunia.
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- Vivo V15 Pro : Peranti Tanpa Bezel dengan Kamera Selfie Pop-up