Keputusan tersebut terpaksa diambil selepas mereka disenarai hitam oleh kerajaan A.S.
Dilaporkan pelancaran model terbaru komputer riba Huawei yang dirancang akan diperkenalkan di pameran CES Asia 2019 yang akan berlangsung di Shanghai, China telah dibatalkan oleh pihak Huawei.
Ia dinyatakan sendiri oleh CEO of Huawei’s consumer business, Richard Yu kepada pihak CNBC...
“We cannot supply the PC,”
Pembatalan tersebut terpaksa dibuat selepas Huawei telah disenarai hitam yang melarang mereka melakukan sebarang urusan perniagaan bersama pembekal dari A.S.
Huawei telah diletakkan sebagai “entity list” oleh kerajaan A.S yang membawa maksud mana-mana syarikat dari A.S yang mahu berurusan dengan syarikat teknologi dari China, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dari kerajaan terlebih dahulu.
Apabila ditanya oleh CNBC adakah pelancaran model terbaru komputer riba mereka akan tetap dilancarkan, Richard Yu berkata...
“...depends on how long the entity list will be there.”
Komputer riba Huawei menggunakan sistem operasi Windows yang dibangunkan oleh Microsoft. Jadi kesannya, Huawei telah disekat daripada mengakses sistem operasi tersebut serta berurusan dengan pembekal cip pemprosesan Intel yang berasal dari A.S.
Sekaligus menyebabkan Huawei terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan pelancaran model terbaru komputer riba mereka buat masa ini. Pembatalan ini juga menjadikan komputer riba Huawei sebagai produk mereka yang pertama dibatalkan pelancarannya kesan daripada krisis sekatan oleh A.S ke atas mereka.
Huawei dikhabarkan telah pun membangunkan sendiri sistem operasi untuk telefon pintar mereka bagi menggantikan sistem Andorid dari Google. Jika keadaan ini terus berterusan yang memberikan kesan buruk terhadap barisan produk komputer mereka pula, Huawei nampaknya terpaksalah mencari penyelesaian alternatif.
Atau mungkin juga pihak Huawei secara diam-diam telah pun mula membangunkan versi sistem operasi bagi komputer keluaran mereka yang mampu menggantikan sistem operasi Windows. Siapa tahukan...
Sumber: CNBC
Berkaitan
- 47% Komponen Dalam Huawei Mate 60 Pro Kini Dari China
- Penyelidik Pasang Komputer M3 Terkecil Di Dunia Pada Siput
- Pengecas EV Huawei Kini Di Semua Cawangan Senheng Dan senQ
- Huawei Mate 30 Akan Dilengkapi Dengan Kirin 990 Yang Menyokong Rakaman Video 4K 60fps
- Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”
- Cip Terbaru Intel Mungkin Merevolusi Komputer Riba Windows
- Jepun Lancar Komputer Prestasi Terpaling Perlahan Di Dunia
- HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition - Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299
- Keperluan Minimum Windows 11 Dilapor Dinaikkan, Versi Komputer Terdahulu Terjejas
- ASUS Teruja Kolaborasi Dengan 'A Bathing Ape', Bakal Dedah Komputer Riba Edisi Khas