Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1

Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh ariff bukhari

Huawei Malaysia hari ini memaklumkan bahawa mereka bakal membawa masuk fon telinga TWS (True Wireless Stereo) terbaru untuk pasaran tempatan iaitu HUAWEI FreeBuds 5i.

Meneruskan kesinambungan model sebelumnya iaitu FreeBuds 4i, spesifikasi FreeBuds 5i dilengkapi dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) serta menyokong sambungan audio tanpa wayar berdefinisi tinggi (Hi-Res).

HUAWEI FreeBuds 5i

Malah bateri FreeBuds 5i kini mampu beroperasi untuk tempoh selama 28 jam serta menyokong pengecasan pantas di mana hanya dalam masa 15 minit selepas dicas ia boleh beroperasi selama 4 jam.

HUAWEI FreeBuds 5i

HUAWEI FreeBuds 5i dijadual dilancarkan pada 25 Januari 2023 ini. Tetapi bagi menjadikannya lebih menarik, Huawei akan mengadakan peraduan dalam talian “Guess & Win” mulai sekarang hingga 24 Januari.

Peserta hanya perlu meneka harga HUAWEI FreeBuds 5i sahaja dan pemenang bertuah bakal memenangi 3 unit FreeBuds 5i yang dipilih melalui laman sesawang rasmi Huawei, Lazada dan Shopee.

Sumber: Media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Huawei Freebuds 5i Kini Memunculkan Diri Di Pasaran Global
  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY