Sekumpulan penyelidik dari University of Michigan (UM) telah memasangkan komputer terkecil di dunia pada cengkerang siput.
Usaha itu telah dibuat sejak tahun 2015 lagi di mana sebanyak 50 komputer itu di pasangkan pada cengkerang siput.
Ia sebagai usaha mereka untuk menjejaki beberapa spesis siput seperti siput cengkerang putih Partula Hyalina yang berjaya selamatkan populasi spesis mereka berbanding lebih daripada 50 spesis siput lain yang didapati telah pupus di Pulau South Pacific Society akibat serangan siput Rosy Wolf.
Komputer yang hanya bersaiz 0.3 millimeter (mm) itu dipercayai sebagai komputer terkecil di dunia yang pernah dihasilkan saintis. Komputer itu dikenali sebagai Michigan Micro Mote (M3).
Komputer tersebut telah siap dibangunkan oleh sekumpulan saintis dari University of Michigan dalam tahun 2014 dahulu.
Pada asalnya, M3 dibangunkan untuk digunakan dalam bidang perubatan khususnya bagi mencari penyelesaian baru cara mengawasi serta menyembuhkan kanser.
Komputer M3 dilengkapi dengan cip pemprosesan dan pemancar radio tanpa wayar yang dijana dengan bantuan kuasa sangat rendah yang terhasil dari sel solar halus.
M3 juga berkeupayaan menghantar isyarat imbasan pada suhu yang tepat.
Setakat ini, penggunaan komputer M3 pada siput di pulau itu adalah yang pertama diaplikasikan penyelidik di lapangan.
Hasil daripada data yang diperolehi daripada M3 itu telah membawa kejayaan besar kepada penyelidik.
Penyelidik telah mengesahkan bahawa, siput cengkerang putih Partula Hyalina terselamat dari serangan siput Rosy Wolf dengan berjemur lebih masa di bawah sinaran matahari.
Spesis Siput Rosy Wolf bukanlah siput asal Pulau South Pacific Society. Sebaliknya ia pertama kali dibawa masuk oleh saintis ke pulau tersebut dalam tahun 1974 dahulu dengan tujuan bagi mengawal populasi siput gergasi Afrika di pulau tersebut.
Untuk pengetahuan anda juga, siput gergasi Afrika pula bukanlah spesis siput asal di pulau tersebut. Pada asalnya, ia dibawa masuk ke pulau itu sebagai sumber makanan. Tetapi siput itu berkembang biak tanpa kawalan sehingga menjadi haiwan perosak di pulau tersebut.
Itulah sebabnya saintis membawa pula masuk spesis siput Rosy Wolf ke pulau itu bagi mengawal populasi Gergasi Afrika. Malangnya siput ini terlalu ganas sehingga menyebabkan kepupusan ke atas 56 daripada 61 spesis asal siput di pulau itu.
Sumber:University of Michigan, freethink, Deccan Herald