Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Teruja Kolaborasi Dengan ‘A Bathing Ape’, Bakal Dedah Komputer Riba Edisi Khas

ASUS Teruja Kolaborasi Dengan ‘A Bathing Ape’, Bakal Dedah Komputer Riba Edisi Khas

Diterbitkan Ogos 4, 2023 · Dikemas kini Ogos 4, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini mengumumkan kolaborasi bersama dengan jenama pakaian popular, A Bathing Ape. Pengumuman rasmi secara global akan dibuat ASUS dan A Bathing Ape pada 17 Ogos 2023 serentak.

Acara itu akan boleh ditonton secara langsung  menerusi siaran YouTube rasmi ASUS, Facebook dan platform media sosial yang lain.

Sempena dengan kolaborasi itu juga, ASUS memaklumkan bahawa mereka akan mengumumkan model komputer riba edisi khas iaitu ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE® Edition Bundle.

Daripada video acah yang dikongsikan ASUS itu, dijangkakan ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE® Edition Bundle ini akan turut disertakan bersama dengan tetikus dan satu lagi aksesori yang menyerupai figura.

Jadi kepada peminat tegar jenama A Bathing Ape, anda pastinya akan teruja untuk melihat hasil kolaborasi ASUS pada produk mereka.

Komputer riba tersebut dijangka akan tersedia di pasaran tempatan selepas pelancaran nanti.

ASUS x BAPE

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Sumber: Siaran media ASUS

(Lebih mudah beli pelbagai jenama dan model komputer riba mengikut bajet anda di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY