Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini

Cip Terbaru Intel Mungkin Merevolusi Komputer Riba Windows

Diterbitkan Mei 10, 2023 ยท Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

Menurut peniris perkakasan popular di saluran YouTube, Moore’s Law Is Dead (MLID), berdasarkan khabar angin dalaman, beliau berkata bahawa cip baharu Intel nanti boleh menjadi antara pemproses terbaik yang pernah dibangunkan oleh syarikat itu.

Sekaligus bakal memberi cabaran kepada semua pesaing utama Intel.

Intel khabarnya akan sepadukan GPU bersama CPU Intel (iGPU) yang akan dimuatkan pada cip Meteor Lake baharu, yang dijangka dilancarkan pada akhir tahun ini untuk komputer riba.

Jika ura-ura ini benar, cip baharu Intel itu nanti boleh memberikan rangsangan besar kepada prestasi grafik bersepadu.

Malah tidak sekadar kuasa grafik dipertingkat, MLID mendakwa bahawa pengeluar komputer riba mungkin melihat peningkatan yang serius dalam hayat bateri dengan cip baharu Intel nanti.

Seperti semua tahu, MacBook Apple adalah pemenang utama dalam ketahanan operasi bateri berbanding pesaingnya.

Penyingkiran GPU diskret sebagai keperluan perkakasan akan menjimatkan banyak kuasa serta berpotensi mewujudkan lebih banyak ruang di dalam kerangka komputer riba untuk memberi ruang kepada bateri yang lebih besar.

Ura-ura ini pastinya akan membimbangkan AMD dan NVIDIA yang memungkinkan komputer Windows tidak lagi perlukan cip grafik mereka sebagai perkakasan utama dalam komputer riba.

Apple pula bakal mempunyai pesaing sebenar ke atas model komputer MacBook pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Intel Core i9-13900KS Rasmi, Yang Pertama Capai Kelajuan Maksimum 6.0GHz
  • Intel Akan Labur RM30 Bilion di Malaysia, Bakal Wujud Lebih 9,000 Peluang Pekerjaan
  • Selepas 14 Tahun, Intel Bersedia Gugurkan Cip Pemprosesan Siri 'Core i'

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY