Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Julai 3, 2018 ยท Dikemas kini Julai 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone.

Tidak mahu ketinggalan, Huawei, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena pembuatan telefon pintar dilapor mahu melebarkan sayapnya dalam kelas berkenaan.

Mengupas laporan daripada laman Gadget Match, Presiden Perniagaan Pengguna Huawei, Jim Xu, telah mengesahkan bahawa syarikat berkenaan sedang dalam proses membangunkan telefon pintar gaming.

Maklumat mengenai spesifikasi model berkenaan masih belum didedahkan tetapi apa yang boleh dipastikan adalah penggunaan teknologi GPU Turbo yang dioptimakan. Teknologi yang dibangunkan Huawei itu disebut mampu meningkatkan prestasi peranti sehingga 60%, dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa kepada 30%.

Pertama kali diperkenalkan bersama-sama Honor Play dan Honor 9i, GPU Turbo dijadualkan penawarannya kepada peranti lain seperti siri P20 dan Honor 10 bermula Julai ini.

Meskipun tidak menyebut tarikh sebenar telefon pintar ini akan dilancarkan, Jim Xu memaklumkan ia dijangka dipertontonkan kepada umum selewat-lewatnya penghujung 2018.

Adakah Huawei akan membangunkan telefon pintar setanding dengan apa yang terdapat pada Asus ROG Phone? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: Gadget Match

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY