Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan AS Perlu Salur Lagi ~RM13 Bilion Untuk Ganti Semua Peralatan Huawei Dan ZTE

Huawei Dapat Bayaran Royalti Paten Lebih Tinggi Daripada Bayarannya Ke Syarikat Lain

Diterbitkan Disember 28, 2022 · Dikemas kini Disember 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Huawei akan menerima bayaran royalti paten yang lebih tinggi daripada jumlah royalti yang mereka perlu bayar pada syarikat lain, untuk dua tahun berturut-turut.

Steven Geiszler berkata Huawei sudah menandatangani dan perbaharui lebih 20 lesen paten tahun ini sahaja melibatkan syarikat daripada industri telefon pintar, automobil dan telekomunikasi.

huawei mate 50 dan 50 pro
Huawei Mate50 Pro

Antaranya termasuklah dengan Nokia, OPPO, Mercedes-Benz, Audi, Porsche dan BMW yang mahu menambah teknologi komunikasi ke dalam kenderaan mereka.

Perjanjian paten terbaru dengan Nokia ini adalah lanjutan daripada perjanjian asal pada 2017 dulu.

Pendapatan Huawei hasil perjanjian perlesenan paten daripada 2019 ke 2021 adalah sekitar $1.3 bilion iaitu sekitar RM5.7 bilion.

HUAWEI MateBook D 16
HUAWEI MateBook D 16 6

Akan tetapi, ia dikatakan jumlah yang kecil jika dibandingkan kerugian Huawei selepas mereka dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat pada 2019.

Sejak itu, mereka bertungkus-lumus mendapatkan perjanjian paten untuk menampung kerugian tersebut walaupun tidak setanding.

Berkaitan

  • HUAWEI Mate 50 Pro: 1% Bateri Terakhir Mampu 'Standby' Selama 3 Jam
  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Huawei Mate 50 Pro Dijual Di Malaysia Serendah RM4,499 Tapi Tak Sokong 5G
  • Tidak, Kirin Tidak Akan Kembali Tahun Depan - Huawei
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang

Apa-apaun, Huawei tidak berniat menjadikan royalti paten sebagai punca utama pendapatan mereka untuk masa akan datang.

Tahun lalu, Huaewi memfailkan 6,952 permohonan paten pada PCT (Patent Cooperation Treaty) yang mana 27% lebih banyak daripada tahun sebelumnya,

Sumber: Reuters, SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY