Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
printer canon imagepress c270

Muat 8,500 Helai Dan Mampu Cetak 80 Halaman Seminit, Itu Canon imagePRESS C270

Diterbitkan Disember 2, 2022 · Dikemas kini Disember 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Canon Malaysia merasmikan dua model pencetak baharu iaitu imagePRESS C270 dan imagePRESS C265 yang dicipta sesuai untuk penggunaan pejabat.

_imagePRESS C270
imagePRESS C270

imagePRESS C270 mampu mencetak sehingga 80 halaman seminit untuk cetakan hitam putih dan 70 halaman berwarna.

imagePRESS C265 pula mampu cetak sehingga 70 halaman seminit untuk hitam putih dan 65 halaman berwarna.

_imagePRESS C265
imagePRESS C265

Kedua-duanya menggunakan teknologi Multi-D.A.T yang membolehkan pencetak melaksanakan pelarasan ketumpatan secara masa nyata ketika melakukan tujuan hidupnya iaitu mencetak.

Untuk resolusi pula, ia mampu mencetak daripada sehingga 190 dan 170 LPI.

Selain itu, peranti-peranti ini juga menyokong cetakan atas kertas berkilau, sutera, dan bahan bertekstur.

Berkaitan

  • Canon Lancar Pencetak Dakwat Pigmen Kalis Air, Bermula Pada Harga RM 2,299
  • Canon Membantu Keluarga Yang Terjejas Dengan Pandemik COVID-19
  • Canon Malaysia Lantik Shunji Yoshikai Sebagai Presiden Dan CEO Baharu
  • Canon Kekal Sebagai Pengeluar Pencetak Pilihan Pengguna
  • Gabungan Celcom-Digi: Ini Yang Anda Perlu Tahu Buat Masa Sekarang
  • Sehingga 8 Disember 2022, Ini Kawasan Terjejas Rangkaian Akibat Penyelenggaraan Celcom

Kewujudan Multi-Drawer Paper Deck juga membolehkan bahan-bahan berbeza tadi diletakkan sekali dalam satu pencetak yang berkapasiti sehingga 8,500 helai kertas.

Dalam pada itu, pencetak Canon ini juga terhubung dengan uniFLOW online iaitu perisian berasaskan awan.

Kedua-dua model di atas sudah boleh didapati melalui pengedar Canon. Klik SINI untuk ketahui spesifikasi lanjut di laman web Canon.

Jika berminat mendapat model pencetak Canon yang lain, boleh lihat di SINI.

Sumber: Siaran Akhbar Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY