Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmibook pro 15 2022

Redmi Book Pro 15 2022 Diperkenal, Guna Cip Alder Lake Dengan RTX 2050

Diterbitkan Mac 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Model terbaharu untuk barisan komputer riba Redmi iaitu Redmi Book Pr0 15 2022 juga sama dilancarkan dalam acara semalam di samping Redmi K50,

Ia hadir dengan skrin bersaiz 15.6 inci bernisbah 89% skrin-ke-badan dengan resolusi 3200×2000 bersama kadar segar 90Hz. Dijana Intel Core i5/i7 generasi ke-12, ia menggunakan RTX 2050 untuk memproses grafik (model dengan Intel i7).

Dalam pada itu, ia juga dilengkapkan dengan RAM LPDDR sebesar 16GB dan SSD PCIe 4.0 sehingga 512GB.

 

Redmi Book Pro 15 2022 Diperkenal, Guna Cip Alder Lake Dengan RTX 2050

Komputer riba ini disertakan dengan dua pembesar suara bersama sokongan DTS, lubang audio 3.5mm dan keseluruhannya seberat 1.8kg.

Dengan harga 5,599 yuan (~RM3,700) untuk model Core i5 bersama GPU bersepadu (integrated) dan 7,499 yuan (~RM4,955) untuk Core i7 bersama RTX2050, pengguna di China sudah boleh membuat pratempah dan ia akan mula dijual pada 24 Mac ini.

Baca juga:

  • Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
  • Ini Redmi K50 Gaming Edition – Snapdragon 8 Gen 1 Dan Pengecasan 120W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY