Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei tomtom

Huawei Bekerjasama Dengan TomTom, Alternatif Kepada Google Maps

Diterbitkan Januari 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Isu antara Huawei dan Amerika Syarikat kini tidak hangat diperkatakan beberapa bulan yang lepas. Namun itu bukanlah petanda hubungan perdagangan dengan syarikat-syarikat teknologi AS kembali seperti sediakala. Lesen lanjutan untuk berurusniaga telah diberikan kepada beberapa syarikat teknologi dan Huawei bakal berakhir sekitar Februari ini.

Mungkin sebagai langkah untuk mengelakkan dari terus bergantung kepada perisian daripada Google, Huawei telah bekerjasama dengan TomTom. Merupakan sebuah syarikat pemetaan digital, TomTom bukanlah pendatang baru dimana ia mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan navigasi peranti.

Menurut laporan daripada Reuters, Huawei bakal membangunkan aplikasi navigasi tersendiri dengan peta, informasi trafik serta fungsi navigasi daripada TomTom. Difahamkan, Apple Maps sebelum ini turut menggunakan data yang disediakan TomTom.

Melalui perkhabaran ini, kerjasama antara Huawei dan TomTom jelas menunjukkan bahawa kebergantungan kepada Google Maps dapat dikurangkan. Buat masa sekarang, peranti Huawei akan terus menggunakan Android tetapi masih samar-samar lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Sepertimana yang kita tahu, Huawei sedia melancarkan HongMengOS yang lebih dikenali sebagai HarmonyOS. HarmonyOS yang dibangunkan sendiri oleh Huawei ini diramal bakal menjadi sistem operasi kelima popular didunia pada penghujung tahun 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY