Huawei 11.11 Super Sale, Diskaun Sehingga RM1,700 Dan Hadiah Bernilai Sehingga RM16,000

Huawei tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam jualan promosi bulan ini dengan melancarkan Huawei 11.11 Super Sale.



Jualan promosi satu hari ini tampil dengan tawaran kilat serendah RM1.10, barangan mesti beli, baucar diskaun serta perkhidmatan pengambilan di kedai.

Selain cabutan bertuah sehingga RM16,000, anda juga berpeluang memiliki baucar diskaun bernilai RM200 untuk produk terpilih mulai hari ini hingga 11 November melalui laman rasmi Huawei.



 

Perlu diingatkan bahawa baucar ini hanya boleh diguna semasa pembelian pada 11 November nanti serta produk terpilih sahaja.

Antara tawaran menarik dalam promosi kali ini adalah:

  • Huawei P40 - RM2,599

  • Huawei P40 Pro - RM3,699

  • Huawei P40 Pro Plus - RM4,799 (Percuma DJI Osmo Mobile 3+)

  • Huawei MatePad T10 - RM499

  • Huawei FreeBuds Pro - RM649

  • Huawei Watch GT 2 Pro - RM1,099


Tambahan lagi, promosi ini membawa kelainan dimana Huawei menawarkan perkhidmatan pengambilan di kedai - Online-to-Offline Service.

Perkhidmatan ini membenarkan anda memilih kedai pilihan untuk mengambil barang di samping menerima barang lebih awal tanpa menunggu masa untuk penghantaran.

Buat tawaran diskaun produk lain, anda boleh terus ke kedai dalam talian Huawei.