HTC Malaysia Lancar Model Desire 10 Pro (RM1699) dan One A9s (RM1159)

Baru-baru ini, HTC Malaysia telah mengumumkan dua buah model telefon keluaran mereka bakal berada dalam pasaran negara. Masing-masing akan dijual pada harga RM1699 dan RM1159. Berita baik buat bakal pembeli kerana model Desire 10 Pro yang memasuki pasaran Malaysia merupakan versi RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB.

161221-htc-desire-10-pro-malaysia-02

Rekaan mirip seperti HTC 10, Desire 10 Pro dilengkapi dengan skrin paparan IPS HD penuh 5.5 inci (1920 x 1080) dan dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio P10 8-teras. Walaupun mempunyai storan dalaman yang agak besar, Desire 10 Pro didatangkan dengan slot kad mikroSD yang menyokong saiz storan sehingga 2TB.

https://www.youtube.com/watch?v=_g4S2tkgOHg

Selain itu, ia turut menampilkan kamera 20 Megapiksel dengan sensor BSI pada bahagian belakang disamping sistem laser autofokus, Penstabilan Imej Elektronik, auto HDR, dan lensa  f/2.2 27.8mm. Untuk kamera selfie pula, ia didatangkan dengan kamera 13 megapiksel beserta sensor BSI dan menyokong screen flash. Tidak lupa juga, Desire 10 Pro mempunyai pengimbas cap jari yang bukan saja berfungsi sebagai sistem sekuriti malah mampu menjadi butang menangkap gambar bagi kamera selfie.

Untuk model yang kedua pula, HTC mempertaruhkan model yang boleh dikatakan sebagai telefon pintar bajet. HTC One9s hadir dengan skrin paparan 5 inci dengan resolusi HD 720p. Didalamnya pula ia dipasang dengan cip pemproses MediaTek Helio P10 dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Jika anda mahukan lebih kapasiti storan anda boleh menggunakan kad mikroSD kerana ia menyokong storan tambahan sehingga 2TB.

161221-htc-one-a9s-malaysia-02

One9s menggunakan kamera utama 13 megapiksel manakala kamera selfie pula 5 megapiksel. Apa yang menarik tentang kamera model ini adalah ia mempunyai mod Pro beserta sokongan untuk format RAW. Berbeza dengan Desire 10 Pro, pengimbas cap jari One9s terletak dibahagian hadapan. Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual pada 26 Disember 2016 oleh pengedar yang disahkan HTC Malaysia.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=jSlki0JacOI[/embed]