Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC Dijangka Bakal Melancarkan Model HTC U12+ Pada 23 Mei Ini

HTC Dijangka Bakal Melancarkan Model HTC U12+ Pada 23 Mei Ini

Diterbitkan Mei 4, 2018 · Dikemas kini Mei 4, 2018 oleh Haikel Areff

High Tech Computer Corporation atau lebih dikenali sebagai HTC, sebuah syarikat pengeluar peralatan teknologi dari Taiwan kini dilaporkan bakal melancarkan produk terbaru mereka, HTC  U12+ pada minggu terakhir bulan ini. Perkara itu telah menjadi tular dikalangan penggiat industri selepas HTC membuat satu kiriman yang memaparkan tarikh 23 Mei 2018 di akaun rasmi Twitter mereka.

Coming Soon. A phone that is more than the sum of its specs. pic.twitter.com/m2skJSK0qt

— HTC (@htc) May 3, 2018

Menurut pemerhati industri, mereka menjangkakan peranti ini adalah sebuah peranti kelas perdana apabila melihat pihak HTC menggunakan ayat ‘A phone that is more than the sum of its specs‘ pada kiriman tersebut. Untuk makluman, peranti siri HTC U yang terbaru iaitu HTC U11 dan U11+ telah dilancarkan di pasaran pada tahun lalu, dan telah mendapat skor yang agak baik daripada penilai seperti Techradar dan Tech Advisor iaitu sekitar 4 daripada 5 markah.

Berikut adalah imej tertiris peranti HTC U12+ yang tersebar di Internet sejak beberapa hari lalu.

HTC Dijangka Bakal Melancarkan Model HTC U12+ Pada 23 Mei Ini

HTC Dijangka Bakal Melancarkan Model HTC U12+ Pada 23 Mei Ini

Kredit : HTC Taiwan

Melihat kepada imej di atas, dapat dilihat bahawa peranti ini tidak mempunyai reka bentuk takuk pada paparan hadapan serta menggunakan dwi-kamera pada kedua-dua kamera utama dan hadapannya. Sumber melaporkan bahawa kamera utama peranti ini akan menggabungkan lensa 16MP+12MP manakala kamera hadapan pula akan menggunakan dua lensa 8MP. Menurut pentiris yang dipercayai, Evan Blass dalam tulisannya untuk VenturaBeat, peranti HTC U12 mungkin tidak akan dikeluarkan oleh pihak HTC pada tarikh tersebut atau tidak akan dikeluarkan sama sekali.

Evan turut menyatakan bahawa peranti ini akan disokong oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 serta memori 6GB RAM. Ia turut akan hadir dengan dua pilihan variasi iaitu 64GB atau 128GB ROM dan bateri berkapasiti 3420 mAh. HTC dijangka akan mengekalkan fungsi Edge Sense yang pertama kali diperkenalkan pada peranti HTC U11 pada HTC U12+ ini. Selain itu, bagi paparan skrin pula, peranti ini bakal dilengkapi dengan skrin sebesar 6-inci dengan paparan WQHD+.

Bagi peminat peranti HTC di Malaysia, anda perlu menunggu pengumuman lanjut daripada pihak HTC berkenaan tarikh pelancaran dan harga ditawarkan untuk peranti ini bagi pasaran tempatan. Maklumat tambahan dijangka akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada tarikh pelancaran HTC U12+ ini kelak.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY