Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Humane AI Pin

HP Ambil Alih Sebahagian Humane, Jualan AI Pin Dihentikan Serta-Merta

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

Humane kini mengumumkan bahawa ia akan menjual asetnya kepada HP Inc. dengan nilai $116 juta (~RM516.2 juta), dan menghentikan penjualan Ai Pin serta-merta.

Menurut kenyataan syarikat, perjanjian itu merangkumi pengambilalihan keupayaan utama kecerdasan buatan (AI) Humane, termasuk platform CosmOS yang dikuasakan AI, tenaga kerja berkemahiran tinggi, serta harta intelek yang meliputi lebih daripada 300 paten dan permohonan paten.

Pengambilalihan itu akan membawa kumpulan jurutera, arkitek, dan inovator produk Humane yang berkemahiran tinggi ke dalam Organisasi Teknologi dan Inovasi HP.

Seterusnya, ia akan membentuk HP IQ, makmal inovasi AI baharu HP yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem pintar merentasi produk dan perkhidmatan HP.

Jualan AI Pin dihentikan serta-merta

Walaupun perjanjian itu dilaporkan tidak melibatkan perniagaan Ai Pin, Humane mengumumkan bahawa pembelian baharu peranti tersebut akan dihentikan serta-merta.

Bagi pemilik Ai Pin sedia ada, peranti akan terus berfungsi seperti biasa sehingga 4.00 pagi MYT pada 1 Mac 2025. Pengguna disarankan untuk memuat turun semua data yang disimpan di .Center sebelum tarikh tersebut.

Selepas tarikh itu, Ai Pin tidak lagi dapat berhubung dengan pelayan Humane, dan akses ke .Center akan ditamatkan sepenuhnya.

Ini bermakna peranti tidak lagi menyokong fungsi panggilan, pemesejan, penggunaan data, pertanyaan/jawapan AI serta akses awan. Selain itu, semua data pengguna yang masih ada akan dipadam secara kekal.

Dari segi pemulangan, Humane hanya akan menawarkan pemulangan wang untuk Ai Pin yang masih berada dalam tempoh pemulangan 90 hari dari tarikh penghantaran asal.

Berkaitan

  • Bukan Sekadar Pin Biasa, Humane Lancar AI Pin Dengan Teknologi 'Futuristik'
  • HP Sasar Pengguna Digital Seramai 150 Juta Menjelang 2030
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • HP AI PC Lab: Tingkatkan Literasi AI & Kemahiran Digital Pelajar Malaysia

Sumber: Humane (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY