Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpeg-optimizer_Prize winner – 2

HP AI PC Lab: Tingkatkan Literasi AI & Kemahiran Digital Pelajar Malaysia

Diterbitkan November 28, 2024 oleh Rushsyafizal

HP Malaysia telah melancarkan “HP AI PC Lab”, sebuah makmal bergerak inovatif yang direka untuk memperkasakan pendidik dan pelajar Malaysia dengan kemahiran AI dan digital yang penting bagi menghadapi dunia berteknologi tinggi.

jpeg-optimizer_AI PC Masterclass – 2

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 individu, termasuk guru, pelajar, dan masyarakat umum, melalui lawatan ke lebih 25 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

jpeg-optimizer_AI PC Masterclass – 3

Inisiatif ini seiring dengan Dasar Pendidikan Digital 2023 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan bertujuan membantu pendidik mengintegrasikan teknologi digital ke dalam proses pembelajaran. Sesi pertama telah diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), menghimpunkan lebih 300 pendidik dari Selangor untuk meneroka potensi AI menerusi demonstrasi langsung menggunakan komputer berkuasa AI HP.

HP AI PC Lab akan memulakan perjalanan enam minggu ke sekolah-sekolah berprestasi tinggi, universiti, pusat beli-belah, dan lokasi awam di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, dan Pulau Pinang. Pengunjung akan berpeluang mencuba HP OmniBook Ultra Flip 14 dan HP EliteBook 800 G11, kedua-duanya dilengkapi pemproses Intel Core Ultra dengan keupayaan AI canggih untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

Menurut Alex Tan, Pengarah Urusan HP Malaysia, inisiatif ini mencerminkan komitmen HP untuk menjembatani jurang teknologi dan menyediakan pelajar serta guru untuk masa depan di mana literasi AI menjadi keutamaan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Redmi K80 & K80 Pro Rasmi - Snapdragon 8 Elite, 6000mAh
  • Samsung Umum Perubahan Besar Dalam Kepimpinan Syarikat
  • PRISM+ Akan Buka Cawangan Terbaru Di Sunway Velocity Mall
  • Nissan Sedang Kritikal, Ada 12 Ke 14 Bulan Untuk Bertahan

Sumber: Siaran media HP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY