Tahun lalu HONOR X9b 5G dikenali sebagai peranti dengan ketahanan menyeluruh dan paparan lasaknya. Kini, penggantinya akan tiba, HONOR X9c 5G.
Imbas kembali pendahulunya, X9b, ia hadir dengan teknologi HONOR Ultra-bounce Anti-drop, peranti ini mampu menahan impak kuat, termasuk tembakan peluru paintball. Pencapaian ini menjadikan HONOR X9b 5G sebagai telefon pertama di dunia menerima pensijilan SGS Five-Star Overall Drop Resistance.
Sejak dilancarkan pada November 2023, HONOR X9b 5G telah mencapai jualan lebih 300,000 unit, menjadikannya telefon pintar kelas pertengahan paling laris dengan harga melebihi RM1,200 bagi tahun 2024. Malah, ia turut menjadi telefon pintar kedua paling banyak dicari di Google di Malaysia pada tahun 2023.
Berbalik kepada HONOR X9c 5G, ia masih lagi memfokuskan peranti tahan lasak dan buat masa sekarang, tiada maklumat berkaitan spesifikasi serta tarikh pelancarannya di Malaysia. Namun, ia pasti mengekalkan spesifikasi kelas pertengahan dan juga diletakkan pada harga mampu milik.
Bagi yang ternanti-nanti, kami jangkakan yang telefon ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
{suggest}
Sumber: Siaran media HONOR