HONOR X9b Rasmi - Peranti Berketahanan Lasak Pada Harga RM1,499

HONOR merasmikan kemasukan peranti terbaru mereka dalam pasaran kelas pertengahan - HONOR X9b yang menggantikan pendahulunya, HONOR X9a.

Pembaca boleh melihat video ulasan kami akan kemampuan dan ketahanan HONOR X9b ini di platform YouTube Wiser MY atau pun melalui video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=5yanLyeZo4Y&t=2s

Peranti Paling Tahan Lasak Dalam Kelasnya


HONOR X9b adalah peranti pertama yang menerima penarafan Five-Star Overall Drop Resistance daripada SGS, Switzerland. Selain itu, ia juga mempunyai HONOR Ultra-Bounce Technology yang memberikan perlindungan lebih hebat apabila menghadapi impak ketika jatuh.


Spesifikasi HONOR X9b


HONOR X9b dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 4nm, menggunakan memori RAM LPDDR4X hingga 20GB (12 + 8) dan storan UFS 3.1 berkapasiti 256GB.



Peranti ini dilengkapi skrin berukuran 6.78" yang beresolusi 1.5K, sokong 10.7 bilion warna, kadar segar semula 120Hz, dan kadar kecerahan maksimum 1,200nits.

Di samping itu, paparannya juga mempunyai 1920Hz PWM Dimming, penarafan TÜV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light Certification, dan ciri Circadian Night Display yang memberikan perlindungan mata walaupun ketika digunakan dalam jangka waktu yang lama.



Untuk kamera pula, HONOR X9b, mempunyai kamera utama 108MP, 1/1.67 inci dan apertur f/1.75 yang besar. Menariknya lagi, ciri utama dalam siri HONOR Magic5 seperti Falcon Capture dan Motion Sensing Capture juga ditawarkan dalam peranti ini.

{suggest}

Berbanding peranti-peranti yang lain dalam kelasnya, HONOR X9b menyokong bateri berkapasiti 5,800mAh dan HONOR dakwa bateri tersebut boleh mengekalkan 80% kapasitinya walaupun selepas melalui 1,000 kali kitaran pengecasan.

Harga & Ketersediaan




HONOR X9b menawarkan 3 pilihan warna menarik dalam rekaan yang premium - Sunrise Orange, Vegan Leather, Titanium Silver dan Midnight Black. HONOR X9b dijual pada tanda harga rasmi RM1,499 sahaja.



Menariknya lagi, anda boleh membuat pratempah HONOR X9b bermula 1 hingga 9 November dan bakal memiliki hadiah percuma yang bernilai hingga RM978 - seperti HONOR CHOICE MOECEN  band, HONOR Earbuds X5 fon telinga Bluetooth dan 365 Days Front & Back Crack Replacement. 

Beli HONOR X9b di Shopee - https://invl.io/clk5rts

Beli HONOR X9b di Lazada - https://invol.co/clk5rua