Sekiranya anda berasa bosan dengan telefon yang ada di pasaran sekarang, mungkin anda boleh pertimbangkan telefon terbaru daripada HMD. Ini kerana HMD Fusion kini dijual secara rasmi di Malaysia.
HMD Fusion dilengkapi paparan skrin 6.56 inci beresolusi 720p dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksimum 600 nits. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 2, bersama RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh diperluaskan. Ia juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari di sisi, dan mempunyai penarafan kalis debu dan air IP54.
Dari sudut fotografi, HMD Fusion menggunakan kamera 108MP yang mempunyai smart EIS, 2MP sensor kedalaman, serta kamera depan 50MP. Peranti ini dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Lain-lain adalah seperti menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, dan NFC, serta menjalankan Android 14 dengan jaminan dua kemas kini Android utama.
Walaupun tiada pengumuman rasmi, Fusion telah tersedia di Malaysia melalui kedai rasmi Nokia di Shopee dengan harga RM1,299. Telefon ini turut hadir dengan aksesori gaming yang dipanggil outfit.
HMD menawarkan promosi di mana peranti dan gaming outfit tersebut ditawarkan pada harga promosi RM1,199 sehingga penghujung bulan Oktober ini.
{suggest}
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clltfzv