Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mengapa Terlampau Banyak Model Telefon Yang Dikeluarkan Oleh Syarikat Dari China?

Ini 10 Carian Telefon Pintar Paling Sohor Kini Di Malaysia 2023

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 13, 2023 oleh ariff bukhari

Selain carian utama yang paling banyak dibuat rakyat Malaysia pada tahun 2023, Google turut menyenaraikan 10 model telefon pintar yang paling popular dicari rakyat Malaysia tahun ini.

Model telefon pintar yang paling banyak dibuat carian oleh rakyat Malaysia tahun ini adalah iPhone 15 yang diperkenalkan pada 13 September 2023.

1. iPhone 15

Apple hadir dengan 4 model menerusi siri iPhone 15 iaitu iPhone 15 (6.1 inci), iPhone 15 Plus (6.7 inci), iPhone 15 Pro (6.1 inci) dan iPhone 15 Pro Max (6.7 inci).

Harga jualan siri iPhone 15 adalah bermula dari RM4,399.

iPhone 15 series – 2

Beli siri iPhone 15 di Shopee dan Lazada.

2. Honor X9b

Ia diikuti oleh Honor X9b yang baru sahaja tiba di pasaran Malaysia pada awal November lalu yang dijual pada harga RM1,499.

HONOR X9b
HONOR X9b

Beli HONOR X9b dari stor rasmi di Shopee dan Lazada

3. Realme C53

Model telefon pintar ketiga yang paling banyak dicari rakyat Malaysia adalah Realme C53 yang telah dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 6 Jun 2023 lalu.

Ditawarkan pada harga RM599 sahaja, telefon pintar mampu milik ini dilengkapi spesifikasi yang agak berkuasa seperti skrin 6.74 inci dengan kadar segar 90Hz, 3 kamera di belakang dengan kamera utama 50MP dikuasa AI dan didatangkan bersama pengecas pantas 33W.

realme C53_

Beli HONOR X9b dari stor rasmi di Shopee dan Lazada

4. Samsung S23

Samsung telah pun melancarkan secara rasmi telefon pintar premium terbaru mereka, Galaxy S23 pada awal tahun 2023 ini.

Hadir dalam 3 varian, Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra, harga jualan bagi siri Galaxy S23 adalah dari RM3,899.

Samsung Galaxy S24 Dan S24+ Nampaknya Mungkin Ada Naik Taraf Terbesar

(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

5. Redmi 12

Telah pun dilancarkan pada petengahan tahun ini, Redmi 12 pada awalnya dikuasakan cip MediaTek Helio G88 4G. Tapi kemudiannya, ia tampil dengan Redmi 12 5G yang merupakan telefon pintar Android pertama dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 2.

Cuma, versi Redmi 12 5G tidak masuk pasaran Malaysia sehingga kini. Harga jualan Redmi 12 adalah bermula dari RM599.

harga redmi 12 malaysia - 12

Beli Redmi 12 di Shopee dan Lazada

Itu adalah carian 5 teratas model telefon pintar yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia pada tahun 2023.

Berikut adalah senarai penuh 10 carian telefon pintar paling sohor kini di Malaysia 2023.

google trending in 2023

{suggest}

Sumber: Google Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY