Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Umum Acara Pelancaran Produk Di China, 3 Peranti Ini Mungkin Diperkenalkan

HONOR Umum Acara Pelancaran Produk Di China, 3 Peranti Ini Mungkin Diperkenalkan

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Firdaus

HONOR telah mengumumkan acara pelancaran produk pada 23 November ini di China. Berdasarkan khabar angin sebelum ini, HONOR mungkin akan melancarkan 3 peranti baru – Magic 5, siri 80 dan peranti boleh lipat Magic V2.

HONOR Umum Acara Pelancaran Produk Di China, 3 Peranti Ini Mungkin Diperkenalkan

Honor Magic 5 dikatakan mempunyai skrin berukuran 6.8 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, peranti ini mungkin dikuasakan cip Snapdragon 8 gen 2 dengan sensor kamera utama 50MP.

honor magic4 pro 2

Berbanding Magic 5, Magic V2 dikhabarkan tidak memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam spesifikasinya. Magic V2 mungkin dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan sokongan bateri besar bersaiz 5,000mAh.

Siri HONOR 80 pula mungkin akan terdiri daripada model 80, 80 Pro dan 80 Pro+.

Model biasa dijangkakan cip Dimensity 1080 manakala model Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 778G. Tetapi, HONOR 80 dan 80 Pro dikatakan menggunakan sensor kamera yang sama – 64MP dan 108MP.

Menariknya, HONOR 80 Pro+ menawarkan spesifikasi yang lebih hebat dan berkuasa. Model ini dijangka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dan sensor kamera utama 200MP.

Selain sokongan pengecasan pantas 200W, model itu juga mungkin menggunakan skrin AMOLED yang melengkung dengan resolusi 1.5K.

Sumber: Gizmochina

Gambar utama: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Dan Dimensity 9200 Didakwa Guna Teknologi 4nm TSMC
  • Rekaan Rata Hampir Seperti iPhone, Mungkin Ini Rupa Xiaomi 13
  • Cara Menggunakan Ciri Focus Filter Pada iPadOS 16
  • 3 Telefon Baru ROG Rasmi Di Malaysia - ROG Phone 6D, 6D Ultimate Dan Batman Edition
  • Tiada Laporan Baharu Berhubung Penjualan Semula PerantiSiswa - Annuar

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY