3 Telefon Baru ROG Rasmi Di Malaysia - ROG Phone 6D, 6D Ultimate Dan Batman Edition

ASUS Malaysia sebentar tadi telah melancarkan ROG Phone 6D, ROG Phone 6D Ultimate dan ROG Phone Batman Edition.

Kesemua model menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000+ 5G, kamera belakang IMX766, perlindungan percikan air IPX4, RAM LPPDR5X, sistem AirTrigger 6, HyperEngine 5.0.

Bagi paparan, kesemuanya tampil dengan skrin AMOLED 6.78" berkadar segar 165Hz daripada Samsung bersama perlindungan Corning Gorilla Victus.

{suggest}

Untuk pengecasan pula, bateri 6000mAh sokongan kepantasan sehingga 65W. Tak lupa juga, sambungan dengan rangkaian 5G.

ROG Phone 6D


Varian termurah ini hadir dengan RAM sebesar 12GB dan storan dalaman sebesar 256GB.



HyperEngine 5.0 kali ini digabungkan dengan CPU MediaTek Mali-G710 untuk pengalaman permainan terbaik.

3 kamera di belakang ialah 50MP Sony IMX766, 13MP sudut lebar dan 5MP makro. Untuk swafoto pula, ia datang dengan lensa 12MP.



Dua pembesar suara datang dengan Dirac HD Sound dan amplifer Cirrus Logic selain 5 magnet.

Dengan warna Space Grey, ia dijual pada harga RM3,499 dan mula tersedia di pasaran mulai esok. Spesifikasi penuhnya boleh dicapai di laman web ROG.



Klik SINI untuk beli ROG Phone 6D melalui kedai rasmi ASUS ROG di Shopee Mall.

ROG Phone 6D Ultimate


Telefon ini dilengkapkan dengan RAM sebesar 16GB dan storan 512GB. Ia juga akan tersedia mulai esok, 9 November 2022 pada harga RM4,999.



Dalam kotak, pengguna akan mendapat AeroActive Cooler bersama. Selain itu, ciri baharu turut diperkenalkan iaitu AeroActive Portal. Hanya versi Ultimate mempunyai Portal ini.

Dipasang bersama AirActive Cooler, Portal akan membuka sedikit ruang secara automatik agar haba panas dari dalam telefon dapat dialih keluar.



Udara sejuk dari luar pula dapat disedut masuk ke dalam dengan pantas dan berterusan. Kecekapan pengurusan haba ditingkatkan sebanyak 20% apabila AeroActive dihidupkan, menurut ASUS.



Spesifikasi penuhnya boleh didapati di laman web ROG.

Klik SINI untuk ke kedai rasmi ASUS ROG di Shopee Mall.

ROG Phone 6D Batman Edition


Ini merupakan edisi yang dinanti-nanti peminat. Dengan RAM 12GB dan ROM 236GB, ia dijual pada harga RM4,799 namun hanya mula dijual pada 25 November ini.



Spesifikasi penuh edisi khas ini ada di laman web ROG.

Telefon, kotak dan aksesoriyang  dikemaskan dengan logo Batman, label Gotham City menjadikannya nampak begitu ekslusif.



Untuk perisian, ia dimuatkan dengan tema antara muka eksklusif Batman di mana mempunyai hias latar dan bingkai ikon aplikasi khusus.

Apabila peranti dicas, ia akan mengeluarkan bunyi dan animasi bertemakan Batman juga. Pada bahagian skrin yang mengimbas cap jari, ia akan dipaparkan animasi berlogokan adiwira DC itu.



Dalam pada itu antara aksesori yang dibekalkan bersama ialah Bat-Signal Projector iaitu replika miniatur searchlight Batman. Bukan sekadar hiasan, tapi juga ia boleh dinyalakan melalui sambungan USB-C.



Kerangka pelindung Batman Aero Case pula mempunyai kemasan efek 3D. Tidak cukup dengan itu, alat penaggal kad sim juga juga dikemaskan dengan rekaan emblem adiwira kelawar itu.



ROG betul-betul serius dengan watak DC ini kerana bukan itu saja, malah pembeli juga akan mendapat bekas pelindung kalis air yang mempunyai logo Batman padanya.

Klik SINI untuk ke kedai rasmi ASUS ROG di Shopee Mall.