Huawei Nova 4 Dengan Lubang Pada Skrin Bakal Diperkenalkan 17 Disember Ini

Telefon dengan rekaan lubang kecil pada skrin pertama, Huawei Nova 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember ini di China. Ia menjadi tular selepas satu imej poster mengenainya tertiris di internet baru-baru ini.

Tiada sebarang spesifikasi mengenai telefon tersebut yang telah disahkan oleh pihak Huawei setakat ini. Namun, ia berkemungkinan besar muncul bersama Kirin 980 memandangkan Nova 3 telah menggunakan Kirin 970.

Ia pastinya mengecewakan sekiranya Nova 4 masih lagi mengekalkan cip pemprosesan yang sama. Peranti itu juga dikatakan akan dijalankan dengan EMUI 9 berlandaskan Android 9 Pie.

Kapsyen: Weibo


Berbalik kepada rekaan lubang kecil pada peranti ini, ia seolah-olah rekaan yang hampir sama dengan Samsung A8s. Memandangkan Samsung didakwa bakal melancarkan model ini pada 12 Disember nanti, maka Nova 4 akan menjadi yang kedua menggunakan rekaan tersebut bagi menyorokkan sensor kamera hadapan peranti.

 

Kredit: MySmartPrice