Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor magic v3

HONOR Mungkin ‘Skip’ Telefon Lipat Magic V4

Diterbitkan April 4, 2025 ยท Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, HONOR memperkenalkan telefon lipat paling nipis di dunia, iaitu Magic V3. Namun, takhta tersebut dirampas OPPO menerusi segmen sama, telefon lipat Find N5.

Mungkin ramai yang jangka HONOR bakal melakukan “serangan balas” dengan melancarkan penggantinya nanti, Magic V4 tetapi dikhabarkan peranti itu tidak akan diperkenalkan.

Walau bagaimanapun, bukanlah tiada langsung penggantinya. Ini kerana mereka dilaporkan mengubah strategi, mirip Huawei. Bermakna, pengganti Magic V3 ialah Magic V5.

HONOR Mungkin ‘Skip’ Telefon Lipat Magic V4

Huawei telah pun berbuat demikian dengan melangkau Mate X3 kepada Mate X5 pada 2023. Pesaing HONOR, OPPO juga ‘skip’ Find N3 kepada Find N5, tiada nombor 4 di situ.

Agak menghairankan juga HONOR berbuat demikian kerana mereka pernah ada model Magic4 satu ketika dahulu.

Apa-apa pun, menurut Pengurus Produk Peranti HONOR, beliau menegaskan bahawa HONOR masih berpegang kepada pendirian mereka dengan menjadi jenama pertama yang memperkenalkan peranti boleh lipat paling ringan dan nipis di dunia.

Kenyataan tersebut dilihat memang dituju secara langsung kepada OPPO. Berbalik kepada Magic V5, ia mungkin dilancarkan sekitar hujung Mei atau awal Jun 2025.

Berkaitan

  • (Ulasan) HONOR Magic V3 - Penanda Aras Baharu Telefon Lipat
  • HONOR Jamin 7 Tahun Kemas Kini Android OS Untuk Siri Magic
  • HONOR Pad X9a WiFi Dengan Bateri 8300mAh Kini Di Malaysia, Harga RM999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY