Tidak mahu ketinggalan, Honor juga telah memperkenalkan sebuah peranti atas tujuan sama iaitu Honor Play. Peranti ini telah diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis yang berlangsung di China semalam(6 Jun).
Honor Play hadir dengan paparan skrin 6.3 inci dengan nisbah paparan pada 19:9 dengan menggunakan paparan skrin FHD+ LCD. Peranti ini turut akan menggunakan reka bentuk takuk bagi memberi ruang kepada kamera hadapan.
Huawei juga telah memasang teknologi GPU Turbo pada Honor Play ini bagi memastikan pemain dapat menikmati permainan video dengan prestasi yang terbaik. Sokongan audio 3D turut digunakan pada peranti ini dan ia dijangka akan dapat membantu pemain serba sedikit semasa bermain permainan video.
Honor Play ini turut akan menyokong fungsi permainan 4D melalui teknologi GPU Turbo. Ia akan membenarkan peranti untuk mengesan adegan dalam permainan seperti tembakan, letupan dan gegaran.
Peranti ini juga akan didatangi dengan cip pemprosesan terbaik Huawei iaitu Kirin 970, variasi memori sehingga 6GB RAM serta ruang storan 64GB yang boleh dipertingkatkan menggunakan kad mikroSD. Ia akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,750 mAh.
Bagi kameranya pula, Honor Play menggunakan dwi-kamera 16MP + 2 MP bersama teknologi kecerdasan buatan yang dikuasakan oleh NPU daripada Kirin. Lensa 16MP dengan pengcahayaan potret 3D pula digunapakai sebagai kamera swafoto.
Buat masa sekarang, peranti ini hanya dilancarkan di pasaran China pada harga $ 310(~RM 1233) dengan tiga pilihan warna iaitu Magic Night Black, Aurora Blue dan Nebula Violet. Belum ada sebarang maklumat daripada pihak Honor Malaysia berkenaan kemasukan peranti ini ke pasaran tempatan buat masa ini.
Sumber
Berkaitan
- Info Tertiris Memperlihatkan Casing Airpods Baru Dengan Fungsi Power Bank
- RealMe C1- Perlu Ke Beli Fon Mahal Kalau Yang Murah Pun Dah Cukup Sedap
- Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya
- Facebook, Twitter dan Youtube Dilaporkan Akan Dapat Diakses Semula Di Hainan, China Tidak Lama Lagi
- Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat
- Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook
- Nak Menang ASUS Zenfone 4 Selfie Pro Edisi Gong Yoo? Ikuti Langkah Berikut
- Product Baru iRobot Braava Alternatif Murah Untuk Roomba
- Variasi 8GB Honor View 10 Dilancarkan 14 Ogos Ini
- Fireside Audiobox Peranti Pembesar Suara Yang Dapat Menghasilkan Nyalaan Api Sedang Menari.