Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Play Fair – Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman

Honor Play Fair – Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman

Diterbitkan Ogos 2, 2018 oleh Haikel Areff

Honor Play akan dilancarkan pada 7 Ogos ini di Blue Concourse, Sunway Pyramid. Sehubungan dengan itu, pihak honor Malaysia akan menawararkan peluang bagi lima insan bertuah untuk mengunjungi acara Gamescon 2018 yang akan diadakan di Jerman, hujung bulan ini.

Honor Play Fair – Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman

Tiga tempat eksklusif untuk ke acara tersebut berpeluang untuk dimenangi oleh ahli kelab penyokong honor. Bagi menyertainya, ahli kelab perlu membuat tangkapan skrin semasa bermain permainan video kegemaran mereka dan kirimkan pada ruang komen di laman honor Fans Club bersama dengan harapan anda terhadap peranti honor Play.

Selain itu, dua lagi pemenang akan dipilih daripada mereka yang membuat pra-tempahan bagi peranti honor Play melalui laman hihonor. Pemenang yang bertuah bagi kedua-dua bahagian pertandingan akan diumumkan pada 6 Ogos, iaitu sehari sebelum peranti tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Honor Play Fair – Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman

Malah, mereka yang membuat pra-tempahan di antara 1 Ogos sehingga 6 Ogos akan menerima baucer RM 30 untuk digunakan semasa membeli peranti atau barangan keluaran honor di laman hihonor. Akan tetapi, baucer itu hanya boleh digunakan sebelum atau pada 19 Ogos dan tidak boleh ditebus bagi pembelian peranti honor Play.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi honor Malaysia.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY