Walaupun mempunyai nama yang lebih kurang, kedua-dua peranti ini mempunyai perbezaan spesifikasi yang jauh berbeza antara satu sama lain.
HONOR Play 4 Pro
Selaku model paling berkuasa, HONOR Play 4 Pro didatangkan dengan cip Kirin 990 dengan modem 5G tambahan. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang utama 40MP sensor Sony IMX600 RYYB.
Kamera kedua tambahan pula merupakan telefoto 8MP disertakan dengan OIS dan mampu zum optikal 3x dan maksimum digital 30x.
Peranti hadir dengan rekaan skrin berlubang dengan swafoto 32MP utama dan sudut lebar 8MP. Paparannya adalah berukuran 6.57 inci dan beresolusi Full HD+.
Melengkapkan spesifikasi prestasi peranti adalah RAM 8GB dengan padanan storan dalaman 128GB yang tidak menyokong kad microSD.
Bateri peranti pula adalah berkapasiti 4,200mAh dan menyokong pengecasan sepantas 40W. Dengan kelajuan tersebut, ia mampu memenuhkan bateri sehingga 70% dalam masa 30 minit.
Menariknya mengenai HONOR Play 4 Pro, ia hadir dengan fungsi imbasan suhu yang boleh digunakan untuk mengimbas suhu manusia atau mana-mana objek. HONOR mendakwa ia mempunyai imbasan suhu berjulat dari -20°C ke 100°C dan menggunakan kaedah melalui sensor inframerah.
Di China, HONOR Play 4 Pro dijual bermula CNY 2899 (~RM1,734).
HONOR Play 4
HONOR Play 4 pula membawakan spesifikasi lebih zuhud namun tetap berkuasa. Ia hadir dengan cip 5G MediaTek Dimensity 800 dan tiga kamera belakang.
Untuk kamera utama, ia merupakan sensor 64MP dibantu dengan 2MP makro, dan 2MP depth. Lensa swafoto pula hanya satu sahaja 16MP dimuatkan dalam reka bentuk puch-hole.
Sedikit berbeza dari Play 4 Pro mempunyai skrin lebih besar 6.81 inci LCD Full HD+. Peranti ini juga masih mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB namun menariknya ia tidak seperti Play 4 Pro kerana model ini menyokong kad microSD.
Bateri adalah lebih kurang sahaja dengan kapasiti 4,300mAh akan tetapi pengecasan sedikit perlahan dengan 22.5W.
Untuk harga jualan, HONOR Play 4 dipasarkan bermula CNY 2,000 (~RM1,196).
Beli peranti dari HONOR Malaysia di
Lazada: https://invol.co/clompt
Shopee: https://invol.co/clompu
Berkaitan
- Astro Lanjutkan Tontonan Saluran Percuma Sehingga 14 April 2020
- Akan Ada 3 Model Dalam Siri OnePlus 9 - OnePlus 9E, 9 Dan 9 Pro
- Redmi Note 9 Versi Asas Dilancarkan - Cip MediaTek Helio G85, Bateri 5020mAh, Kuad Kamera 48MP
- Huawei P50 Pro Dan P50 Pocket Akan Tiba Di Malaysia 12 Januari Ini
- 4 Aplikasi Islamik Alternatif Yang Boleh Digunakan Selain Muslim Pro
- POCO M3 Akan Hadir Ke Malaysia 27 November Ini - Promosi Khas Harga RM499/RM599 Dan Fon Telinga Percuma
- Microsoft Dilaporkan Sedang Menguji Emulator Aplikasi x86 64-bit Dalam Peranti Cip ARM Windows 10
- realme C3 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Peranti Gaming Bajet Serendah RM499
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- Kes Mencuri Elektrik Untuk Melombong Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Rugi Lebih RM2.3 Bilion