Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Over 1,600 Bitcoin Mining Machines Seized For Illegal Electric Usage In Yan’an

Kes Mencuri Elektrik Untuk Melombong Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Rugi Lebih RM2.3 Bilion

Diterbitkan Januari 24, 2022 ยท Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Meor Hasyim

Menurut perkongsian oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, aktiviti kecurian elektrik untuk melombong Bitcoin meningkat sebanyak 400% dalam masa 4 tahun di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dianggarkan kerajaan telah rugi sebanyak RM2.3 bilion.

Tambahan, sebanyak 7,209 kes telah dikesan secara keseluruhan sepanjang tempoh 4 tahun ini dengan tahun 2021 sahaja sebanyak 3,091 kes.

Apa yang merisaukan kerajaan adalah peningkatan kes ini turut memberi kesan kepada kestabilan bekalan tenaga elektrik dan juga keselamatan awam.

Tambahan, penggunaan mesin melombong kriptowang yang dihidupkan 24 jam sehari tanpa henti boleh mengakibatkan litar pintas dan juga beban tenaga berlebihan.

Pengubahsuaian kepada meter TNB juga menyebabkan meter tidak lagi merekod bacaan sebenar, seterusnya menjadi punca ketidakstabilan bekalan tenaga elektrik yang memberi kesan kepada aktiviti bisnes dan juga orang awam.

Individu yang didapati bersalah mengubahsuai meter TNB boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta, atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: The Market Edge

Baca juga:

  • Terjun Gaung, Nilai Pasaran Kriptowang Hilang Lebih Dari $1 Trillion
  • Redmi Note 11S Dengan Kamera 108MP Akan Tiba 9 Februari Nanti
  • Disangka Mi 12 Ultra, Rupa-Rupanya Mix 5 Pro Yang Hadir Dengan Leica, Diramal Rasmi Mac Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY