Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco m3

POCO M3 Akan Hadir Ke Malaysia 27 November Ini – Promosi Khas Harga RM499/RM599 Dan Fon Telinga Percuma

Diterbitkan November 24, 2020 · Dikemas kini November 24, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebentar sahaja tadi, POCO Global telah melancarkan telefon baharu mereka iaitu POCO M3.

Untuk pengguna di Malaysia, anda jangan khuatir kerana ia akan mula ditawarkan pada 27 November di Lazada.

Pihak POCO menawarkan kedua-dua model 4GB/64GB dan 4GB/128GB dengan 2 pilihan warna iaitu Cool Blue dan Power Black.

Harga yang sudah dinyatakan adalah RM599 untuk 4GB/64GB dan RM599 untuk 4GB/128GB.

Namun hanya pada 27 November dan 28 November kelak, anda boleh mendapatkan harga potongan RM499 dan juga RM599 untuk kedua-dua model.

POCO M3 Akan Hadir Ke Malaysia 27 November Ini – Promosi Khas Harga RM499/RM599 Dan Fon Telinga Percuma

Tambahan lagi, pembeli pada tarikh berkenaan akan menerima fon telinga Mi In-Ear Basic Piston secara percuma (dalam masa 2 jam).

Menurut pihak POCO Malaysia, POCO M3 dengan pilihan warna Yellow akan ditawarkan pada tarikh selanjutnya.

Mengenai spesifikasi, POCO M3 hadir dengan skrin 6.53 inci FHD+ LCD, cip Snapdragon 662, kamera belakang 48MP+2MP+2MP, swafoto 8MP, bateri 6,000mAh dan pengecasan 18W.

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi POCO M3, boleh ke artikel ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY