Peranti ini dilancarkan terlebih dahulu di India awal Februari lalu. Kemudiannya terdapat pula model yang sama namun spesifikasi kamera berbeza dan terdapat pengimbas cap jari dilancarkan untuk pasaran Thailand dan Indonesia.
Untuk pasaran Malaysia, cuba teka varian mana yang dibawa masuk? Jika tekaan anda, versi yang lebih berkuasa yang akan dijual, tekaan anda betul.
realme C3 menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci dengan panel LCD. Sesuai dengan harga sebuah kelas permulaan, peranti hanya didatangkan dengan skrin 720 x 1600 HD+ sahaja. Ia mempunyai nisbah 20:9 dengan PPI berjumlah 270 pixel.
Spesifikasi utama peranti adalah ia menggunakan cip berkuasa (untuk harganya) MediaTek Helio G70. Ia merupakan cip 12nm yang memfokuskan permainan untuk peranti kelas bajet. Untuk grafik pula ia dibantu oleh GPU dari Mali-G52 2EEMC2.
Peranti hadir dengan memori 3GB/32GB Terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambahan ruangan storan dalaman.
Kamera pula terdapat 3 lensa di belakangnya - 12MP (f/1.8) utama + 2MP makro + 2MP (f/2.4) depth. Kamera swafoto pula dimuatkan pada takuk skrin dengan sensor 5MP (f/2.4). Kedua-dua lensa utama hadapan dan belakang hanya menyokong video sehingga 1080p 30fps sahaja.
Untuk perisian, ia menggunakan antaramuka realme UI baharu yang berasaskan Android 10. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. realme mendakwa pengimbas tersebut boleh dibuka selaju 0.27 saat.
Bateri peranti dimuatkan dengan kapasiti 5,000mAh namun masih lagi menggunakan pengecasan berasaskan Micro-USB.
Di Malaysia, realme C3 dijual di pasaran bermula RM499. Ia terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Blazing Red dan juga Frozen Blue. Jualan akan bermula pada hari ini 3 Mac 2020 pukul 6 petang di Shopee manakala jualan secara kedai fizikal pula pada tarikh 7 Mac 2020 nanti. Untuk hari ini sahaja pembelian peranti di Shopee, terdapat diskaun RM20 menjadikan peranti lebih murah.
Berkaitan
- 5 Custom ROM Android Paling Popular
- Polisi Baharu Kurangkan Kelajuan Pengguna GX30/GX50 Untuk U Mobile
- HONOR Mengacah Kehadiran HONOR 9X Untuk Pasaran Tempatan
- Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 17 November Ini
- [Video] Huawei Mula Mengacah Kehadiran Siri P40 Yang Akan Tiba 26 Mac Ini
- OnePlus Nord N10 Dan Nord N100 Diperkenalkan Sebagai Pilihan Lebih Bajet Jenama OnePlus
- DxOMark: Kualiti Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra Tidak Sebaik Galaxy S20 Ultra
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HONOR 9X Pro Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
- Satu-satunya Wakil Indonesia, Bigetron RA Jadi Juara Dunia Pasukan Terbaik PUBG Mobile
- realme Buds Classic Diperkenalkan - Fon Telinga Berwayar Berharga Sekitar RM22