Kredit : Weibo
Dalam imej poster itu, ia memaparkan tulisan tarikh 31 Julai sebagai tarikh pelancaran bagi peranti ini. Pada awal minggu ini, satu imej tertiris yang dikatakan sebagai Honor Note 10 telah tular di laman Weibo dan pengguna laman tersebut dilaporkan amat teruja untuk memiliki peranti berkenaan.
Kredit : GizmoChina
Honor Note 10 dijangka akan hadir dengan skrin besar 6.9 inci, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970, 6GB RAM serta bateri berkapasiti besar tidak kurang dari 6,000 mAh. Ia juga akan didatangkan dengan diw-kamera utama 24MP + 16MP dengan fungsi kecerdasan buatan, seperti yang dipaparkan pada poster di atas.
Honor juga telah mengeluarkan satu lagi poster yang bertujuan bagi menjemput orang ramai untuk hadir ke satu majlis perasmian produk baru pada 30 Ogos ini. Tempat dan 'produk' tidak dinyatakan, namun terdapat laporan ia adalah majlis pelancaran global bagi Honor Note 10 yang akan dilangsungkan di Berlin, Jerman iaitu sehari sebelum acara IFA 2018.
IFA 2018 akan berlangsung di Berlin, Jerman bermula 31 Ogos sehingga 5 September ini di mana ia akan menghimpunkan syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia bagi memperkenalkan produk-produk terbaru keluaran mereka.
Sumber
Berkaitan
- Honor Beri Peluang Peminat Beli Honor Play Pada Harga Tidak Masuk Akal Sempena 12.12
- Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini
- Redmi Note 7 Pro Dengan Lensa 48MP Sony IMX586 Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan
- Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa 20 Minit
- Imbasan Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Didakwa Tidak Menyokong Pelindung Skrin
- Jutawan Tidak Dikenali Mahu Anjur "Battle Royale" Alam Nyata, Tawar Hadiah £100,000 Kepada Pemenang
- Honor View20 Terima Pelbagai Anugerah Pada Acara CES 2019
- Lagi Video Acah Berkenaan Galaxy Note 9 Dikeluarkan Oleh Samsung
- Nubia Red Magic Mars Dilancarkan, Hadir Dengan Pilihan 10GB RAM & Snapdragon 845
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi